in , ,

Fazura Semakin Melekat Dengan Suami Sejak Hamil

Merasai sendiri pengalaman sebagai ibu bapa adalah momen paling bermakna bagi pasangan suami isteri. Di awal usia kehamilan lah timbulnya rasa kasih dan sayang serta diselangi rasa tanggungjawab.

Dari situ juga setiap pasangan akan lebih mengenali karakter masing-masing dalam bekerjasama serta tolak ansur dalam menguruskan anak. Dek kerana itu lah, kajian mendapati bahawa anak merupakan pengikat antara sesebuah perkahwinan.

Teruja Untuk Bergelar Bapa

Bercerita soal anak, pasangan sama cantik dan sama padan iaitu Fattah Amin dan Fazura meluahkan rasa teruja mereka untuk meyambut kelahiran cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada Oktober tidak lama lagi.

Bakal bergelar bapa, Fattah memberitahu yang dirinya sangat gemuruh dan tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata. Jelasnya, perasaan ini sedikit berbeza kerana status bapa merupakan tanggungjawab besar.

“Saya teruja sebab perasaan jadi bapa tu tak pernah alami. Apabila baby lahir, dukung anak sendiri. Adik saya pun baru melahirkan, tapi perasaan pegang dan dukung baby tu tak sama. Itu yang saya nantikan.” 

Memetik kenyataan daripada mStar Online.

Fazura Semakin Manja, Sukar Untuk Berenggang

Bertanyakan soal keadaan Fazura yang kini sarat hamil, Fattah memberitahu yang isteri semakin manja saban hari sehingga kan tidak mahu Fattah berjauhan langsung meski pun keluar bekerja menjalani penggambaran.

Namun setelah dipujuk secara baik akhirnya isterinya memahami. Sehingga kini, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina bayi mereka. Ini berikutan untuk melahirkan rasa teruja peminat dengan kejutan tersebut.

Tak Kisah Jantina Anak

Bagi Fattah pula, dia tidak kisah mengenai jantina anak sama ada lelaki mahu pun perempuan. Yang paling penting dia mengharapkan bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

Dalam perkembangan terbaru aktor kacak berkenaan, terdahulu Fattah dan lima lagi rakannya membuka cawangan restoran Meat Cartel Kota Damansara. Ianya adalah restoran francais yang berkonsepkan Smoked BBQ.

Apa pun sama-sama kita doakan agar Fazura dan bayi kekal sihat dan dipermudahkan segala urusan tatkala bersalin kelak.

Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ArtScience on Screen Presents Micro-commissions by Local Filmmakers

Zizi Kirana Terima Mesej Budak Bawah Umur Ajak Buat Maksiat