in , , ,

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Fattah Kongsi Rasa Syukur di Instagram

Pelakon Nur Fazura selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup bersama Fattah Amin. Tahniah dari kami di Budiey Channel

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura baru sahaja selamat melahirkan anak sulungnya pada hari ini 2 Oktober 2020. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Kongsi Rasa Syukur di IG

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” tulisnya.

– IG Fazura & Fattah
Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Kongsi Rasa Syukur di IG

Terdahulu, pasangan kegemaran ramai ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Tahniah buat Fazura dan Fattah Amin. 

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Kongsi Rasa Syukur di IG

Fazura Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Di Hari Jumaat yang Mulia

KUALA LUMPUR : Pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin hari ini berbahagia menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.

Kabar bahagia itu dikongsikan oleh Fazura kepada masyarakat pada hari Jumaat (2 Oktober 2020).

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,”

– Fazura

Dengan kelahiran cahaya mata yang baru hadir di dalam hidup mereka, Fazura meminta agar diberikan ruang buat mereka merahsiakan nama dan wajah permata hatinya.

“Kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. InshaaAllah,”

– Fazura

Sementara itu Fattah Amin meluahkan rasa bersyukur kerana Fazura selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka dalam keadaan lancar.

“Alhamdulillah, tiada ucapan yang lebih baik dari segala puji buat Allah yang memberi rahmat dan rezeki buat kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sempurna dan cukup sifat di hari penghulu segala hari iaitu Jumaat.

“Saya sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Kedua-dua Fazura dan anak perempuan kami berada dalam keadaan sihat,”

– Fattah Amin

Pasangan ini juga berterima kasih kami kepada semua yang telah mendoakan mereka sejak awal pernikahan sehingga Fazura menjalani fasa kehamilan dan kini bergelar seorang ibu.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

“Salam sayang dari kami bertiga,”

– Fazura dan Fattah Amin.

Pengarah Urusan Universal Music, Kenny Ong, ikut teruja menyambut kehadiran cahaya mata Fazura dan Fattah.

“Saya ikut berbahagia mendapat khabar Fazura telah selamat melahirkan anak sulungnya. Saya ucapkan tahniah dan semoga menjadi ibu bapa yang terbaik buat bayi ini,”

– Kenny Ong

Terdahulu, Fattah mengumumkan Fazura hamil empat bulan sekitar April tahun ini setelah menikah selama dua tahun.

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Kongsi Rasa Syukur di IG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Muatnaik Gambar Ketika Semasa di SPRM

Jamming Hot LIVE Menampilkan Penyanyi Popular Mulai 5 Oktober Ini