in , , ,

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021

Hasrat peminat-peminat pelakon Fattah Amin dan Fazura untuk melihat wajah anak pasangan itu, Nur Fatima Aisya akhirnya terlaksana. Perkara tersebut didedahkan oleh kedua-dua pelakon itu menerusi perkongsian gambar mereka sekeluarga di Instagram.

Perkongsian gambar keluarga tepat jam 12.00 malam bersempena dengan tahun baru 2021 membuatkan Instagram pelakon terkenal Nur Fazura, 37 dihujani pelbagai komen pujian.

Fazura dan suaminya yang juga aktor kacak, Fattah Amin, 30 memuat naik gambar mereka bersama bayi tersayang, Nur Fatima Aisya yang berusia 2 bulan benar-benar membuatkan warganet teruja.

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021

Hal ini disebabkan pasangan bahagia tersebut merahsiakan wajah anak perempuan mereka yang selamat dilahirkan pada 2 Oktober 2020 yang lalu.

Dikesempatan itu, keluarga selebriti itu juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2021 kepada semua peminatnya.

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021

Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diperoleh daripada warganet yang ditinggalkan di akaun Instagram pasangan pelakon ini.

Masing-masing memuji kecomelan anak pertama Fazura dan Fattah Amin yang pertama kali dikongsikan kepada media.

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021
Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idayu Hamil Lima Bulan

Saharul Ridzwan Tak Cepat Melatah Diperlekeh Jual Pisang, Didakwa Tiada Tawaran Berlakon