in , ,

Fazura Bakal Dapat Anak Perempuan?

Pelakon Nur Fazura yang kini hamil enam bulan, mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan, Fazura, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin berkata ada juga mengadaikan anak lelaki.

“Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam dakwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan.

“Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.

“Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua,” katanya.

– Fazura

Fazura yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin bersyukur dengan kesihatan ketika ini yang tidak mengalami sebarang alahan.

“Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan.

“Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,”

– Fazura

Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi  mendengar keputusan kes langgar kontrak perjanjian antara dirinya dan Maydan Trading, iaitu pengeluar produk ‘Q Tab’.

“Saya sebenarnya gementar nak datang mahkamah dalam situasi Covid-19.

“Tapi pentingnya saya berada di sini untuk menebus maruah saya dan menegakkan keadilan,”

– Fazura

Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan terbabit.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Cruises World’s First Cruise Line To Resume Operation After Pandemic

Isa Khan Hadiah Risteena Kereta Audi Sempena Ulangtahun Percintaan Pertama