in

Fazli Zainal Tunggu Album Baru KALBU Siap

Fazli Zainal ada cakap kat Budiey, dia sekarang tengah tunggu album terbarunya berjudul KALBU siap. Lambat jugak nak boleh siap sepenuhnya sebab nak kena tunggu 6 buah lagu lagi. Nak kena pilih betul-betul, biar semua lagu dalam album diterima peminat.

Peserta Malaysian Idol Top 12 (2004) ini ditemui Budiey masa menghadiri Majlis Pelancaran Album In Heart di Bora Ombak yang lalu.

Selepas Hari Raya ini, Fazli Zainal akan mempromosikan single terbaru berjudul Suara Hati ciptaan Sharon Paul, lirik oleh Ahmad Fitri Yahya. Ini kali pertama Fazli Zainal bekerjasama dengan Sharon Paul dan mengharapkan lagu tersebut diterima oleh peminat.

Fazli menjelaskan lagu tersebut amat istimewa kerana ia mengintepretasikan kisah ‘cinta monyet’ suatu ketika dulu. Fazli yang masih membujang sehingga kini percaya jodoh terletak di tangan Tuhan.

Single kedua adalah lagu raya ‘Ratapan Syawal’ yang menceritakan tentang dirinya yang menyambut lebaran sendirian sejak berumur 15 tahun. Lagu yang ditulis sendiri oleh Fazli Zainal dan dicipta oleh Hazani ini sangat bererti kerana ia menceritakan kisah hidupnya sebagai anak yatim piatu.

Lagu raya ‘Ratapan Syawal’ akan dimasukkan dalam album keduanya berjudul ‘Kalbu’ dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Terdahulu, album pertama Fazli berjudul ‘Harapan’ (2006). Album itu dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007.

gambar fazli zainal

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Akulah Perempuan Itu

Sekitar Majlis Rumah Terbuka 1Raya CELCOM dan Axiata