in , ,

Fattah Amin Tidak Mahu Isu Putus Cinta Terus Berpanjangan

Pelakon Fattah Amin enggan memanjangkan berita perpisahannya dengan Sherry Ibrahim selepas aktres itu mendakwa hubungan itu terlerai kerana kemahuan sebelah pihak.

Pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 26, itu berkata, tiada guna dia membalas dakwaan dibuat bekas teman wanitanya itu kerana ia akan menyebabkan isu berkenaan bertambah panas.

“Minta maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan. 

Apa yang boleh saya katakan ini adalah ketentuan rezeki, jodoh dan ia tidak berpihak kepada kami.”

– Fattah Amin
Untitled

Sherry sebelum ini mendedahkan dia terkejut Fattah membuat pengumuman perpisahan mereka kerana terlebih dahulu berbincang akan memaklumkan mengenainya selepas selesai pelancaran single pertamanya.

Katanya, ketika Fattah mengumumkan berita perpisahan mereka, dia sedang bercuti selama seminggu di Doha.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia enggan lagi memikirkan soal itu dan ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.

“Fokus saya adalah meneruskan kehidupan selain memberi tumpuan kepada kerjaya,”

– Fattah Amin

Sementara itu, Fattah memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Special Forces disamping Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

Katanya, walaupun penggambaran mengambil masa hampir tiga bulan namun dia berasa puas kerana dapat berlakon disamping Rosyam yang juga idolanya.

“Jujur saya katakan memang penat kerana tempoh penggambaran yang agak panjang namun semuanya amat berbaloi. 

Saya rasa diri saya kerdil sangat tetapi pada masa sama banyak ilmu yang saya kutip daripada pengalaman berlakon filem ini,”

– Fattah Amin

Tambahnya, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Suri Hati Mr Pilot bergandingan dengan Neelofa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Pop Indonesia, Eddy Silitonga Meninggal Dunia Akibat Diabetis

Dayang Nurfaizah Tidak Malu Guna Pengangkutan Awam