in , ,

Fattah Amin & Fazura Kembalikan Nostalgia Rakam Semula SELOKA HARI RAYA

Sambutan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa dendangan lagu hari raya. Tidak dapat dinafikan, lagu hari raya klasik adalah antara yang sering menjadi pilihan ramai. Malah aura yang ada pada lagu sedemikian membuatkan ramai penyanyi baharu berminat untuk merakamkannya semula dengan cara dan gaya tersendiri.

Terbaru, pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu Hari Raya klasik yang pernah dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid berjudul Seloka Hari Raya. Lagu ini disusun semula oleh Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup

Fattah Amin & Fazura Kembalikan Nostalgia Rakam Semula SELOKA HARI RAYA

Mengulas pemilihan lagu itu, Fattah mengakui keistimewaan serta aura yang ada pada lagu itu membuatkan dia dan Fazura berminat untuk merakamkannya semula mengikut cara mereka yang tersendiri.

“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai.

Justeru apabila pihak label, Univeral Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju.

“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan,”

– Fattah Amin

Bagi Nur Fazura pula, merakamkan kembali lagi ikonik itu adalah  satu terjemahan penghargaan mereka kepada pencipta dan penyanyi asal lagu tersebut.

“Sebelum itu, ada juga cadangan yang mahukan kami merakamkan lagu baharu tapi bila ada usul seperti ini, kami terima sahaja tawaran itu kerana secara tidak langsung kita meraikan lagu lama yang kita tahu mempunyai ramai peminat,”

– Fazura

Bercerita mengenai pengalaman merakamkan lagu itu, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini berkata dia dan Fattah merakamkan lagu itu secara berasingan.

“Lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio namun dibuat secara berasingan kerana Fattah pada masa itu sibuk kerana terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia juga adalah satu hadiah buat mereka yang menantikan sebuah lagu duet Hari Raya daripada kami,”

– Fattah Amin

Lebih menarik, muzik video lagu ini bakal menyaksikan wajah Fattah dan Nur Fazura diabadikan dalam bentuk animasi.

“Pelaksanaan PKP membuatkan penggambaran muzik video ini terpaksa dibatalkan, Bagaimanapun, saya dan isteri tampil dengan idea iaitu kami akan muncul dalam muzik video itu dalam bentuk animasi,”

– Fattah Amin

Untuk menjadikan muzik video itu unik, Nur Fazura turut mendedahkan akan ada empat watak yang akan ditonjolkan dalam muzik video yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea kami berdua. Kami juga akan tonjolkan empat watak yang masih dirahsiakan identitinya. Kalua nak tahu siapa, kenalah tonton muzik video tersebut,”

– Fazura

Memandangkan negara masih lagi melaksanakan arahan PKP, urusan promosi lagu ini akan dibuat menerusi media sosial dan juga virtual, termasuk sesi ramah mesra yang juga dilakukan secara atas talian.

Lagu Seloka Hari Raya pasangan selebriti berpengaruh ini boleh didapati di semua pelantar digital mulai hari ini (15 Mei 2020), dan musik video akan dilancarkan pada 16 Mei 2020 di Youtube Universal Music Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIUH Raya Rumah Meriahkan Aidilfitri 2020

tony fernandes airasia-2020

Kemudahan Untuk Semua Dalam Perjalanan Penting