in ,

Fattah Amin & Fazura Sibuk Buat Persiapan Akhir Majlis Resepsi

Pasangan bahagia Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin, masih sempat memenuhi tanggungjawab terhadap pelbagai tugasan dalam kesibukan mereka membuat persediaan majlis resepsi yang bakal berlangsung pada hari ini.

Fazura berkata, hingga kini persiapan untuk majlis yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu sudah 85 peratus disempurnakan dengan bantuan anggota keluarga, sahabat dan perancang perkahwinan.

Fattah & Fazura Jawab Isu Panas Majlis Resepsi Untuk Peminat Ditaja?

“Kami bertuah mendapat sokongan mereka yang rapat, terutama keluarga terdekat. Memang ada rasa gemuruh dan risau dalam diri kerana tempohnya hanya beberapa lagi, tetapi saya yakin ia dapat dilaksanakan seperti dirancang.

“Rasanya, cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu diperincikan. Doakan semuanya dipermudahkan, insya-Allah,”

Terdahulu, Fattah dan Fazura yang sepakat memilih tema ‘fairytales’ untuk persandingan mereka pada Ahad ini turut mengumumkan mahu mengadakan sebuah lagi majlis, 11 Mac depan, khas untuk peminat.

Ditanya mengenai cara kedua-duanya berbelanja selepas berumahtangga, akui Fattah, isterinya seorang yang bijak dalam membeli-belah, selain kini lebih banyak memperuntukkan wang bagi membeli barangan buat insan kesayangan mereka.

“Memang isteri saya gemar membeli kasut dan tas tangan, namun dia seorang yang pandai memilih harga berbaloi untuk sesuatu produk. Dia juga hanya akan berbelanja kalau betul-betul perlu saja.

“Selepas berkahwin, kami banyak membeli untuk orang lain seperti keluarga dan kawan kerana saya dan isteri seronok melihat orang lain gembira,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin dan Fazura Duta Jenama Rasmi Kad Debit Maybank

 Tia Jinbara Trauma Kereta Kena Pecah Pencuri