in

Farish Aziz, Syawal, Farah Diana Dalam HOT FM RADIOPERA – Macam-Macam Cinta

HOT FM RADIOPERA – Macam-Macam Cinta Dibawakan Khas Oleh ASTRO

Kita pasti teringat pada drama radio pernah popular pada suatu ketika dahulu. Saban petang drama radio menjadi santapan halwa telinga. Kini dengan nafas baru yang diberikan oleh Hot FM yang dibawakan khas oleh ASTRO, drama radio tersebut diberi nama RadiOpera.

RADIOPERA mempersembahkan Macam-Macam Cinta Dibawakan Khas Oleh ASTRO ini memaparkan tentang persahabatan dan kasih sayang serta pergolakan dalam hidup sehari hari. Mengisahkan Nina yang terperangkap dalam klise ibu tiri kejam yang memaksa Nina membawa diri ke luar negara untuk menyambung pelajarannya. Selesai kuliah, Nina jarang pulang ke kampung.

Namun akhirnya dia terpaksa akur kepada permintaan ibu tirinya untuk mengikat tali pertunangan namun dibantah keras oleh sahabatnya Leen. Leen sememangnya membenci status ibu tiri menganggapnya sebagai satu perbuatan jahat. Berlainan pula dengan Arif yang menerima perkara itu sebagai satu tanda penghormatan kepada kedua ibu bapa. Di sebalik kemelut itu, Arif mula merasakan dia mula kehilangan Nina yang selama ini dianggap sebagai seorang sahabat sahaja. Arif mula keliru dengan apa yang dirasainya dan apakah yang bakal terjadi?

Secara eksklusifnya, RadiOpera menggandingkan personaliti dari Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, Ikhwan, Tini, Leya dan Azura serta artis muda yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita seperti Farah Diana, Syawal, Afiq serta Farish Aziz.

Jangan lupa untuk terus mendengar drama yang pasti menyayat hati anda semua setiap hari pada jam 8.40pagi dan ulangannya pada 3.40 petang bermula 8 September 2008 ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hotfm.com.my

Senarai Pelakon HOT FM RADIOPERA – Macam-Macam Cinta

  1. Farah Diana sebagai Nina
  2. Anne sebagai Hani
  3. Farish Aziz sebagai Arif
  4. Ikhwan sebagai Amar, Amir & Amur
  5. Leya sebagai Leen
  6. Faizal Ismail sebagai tukang cerita/narrator
  7. Zura sebagai Yati
  8. Fara Fauzana sebagai Suzy
  9. Shawal sebagai Mail
  10. Afiq sebagai Joe
  11. Tini sebagai Asmah
  12. Tokwan Halimah sebagai Mak Mah

Ada yang membangkitkan isu mengapa Astro mengambil produk Hot FM yang dibawah naungan Media Prima untuk drama radio ini? Tidakkah ianya menganaktirikan Radio Era yang khabarnya telah jatuh dari segi jumlah pendengar? Budiey ada dengar Radio Era bukan lagi Radio Nombor Satu Malaysia. Kesiannya. Padahal takde kesahihannya lagi kan. Tapi Budiey pun pelik, kenapa tak ambil dari Era? Memang rasanya dah nyata sekarang zaman kejatuhan Radio Era telah melalui zaman kegelapannya. Ramai pembaca Budiey.com pun cakap yang diorang tak dengar lagi Radio Era. Kenapa yek?

Atau mungkin ini satu strategi Astro sendiri kerana sanggup membayar HOT FM…

Budiey dapat tahu bahawa Drama Radioopera ini diminta khusus oleh Astro sendiri untuk mengadakan satu kerjasama yang baik. Bayar murah saje, takde la mahal sebab katanya nak mencipta satu hubungan, di mana di lain masa bolehlah bekerjasama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BRITNEY SPEARS CLAIMING THREE MOONMEN AND COVETED BEST VIDEO OF THE YEAR

GELAGAT PERSIAPAN HARI RAYA DALAM DRAMA ALMOND LONDON