in

Farhana Keluar dari The Fabulous Cats

Berita yang baru sahaja diterima, pihak pengurusan Metadome telah mengumumkan salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats, Farhana, 25 tahun telah keluar dari kumpulan itu berkuat kuasa serta-merta.    

Segala aktiviti promosi, persembahan, sidang media, temubual bersama media cetak dan eletronik bersama The Fabulous Cats tetap berjalan seperti biasa. Dengan ini Cat Farish, Wangi dan Adeep hanya akan tampil bertiga bagi setiap persembahan yang diadakan.

Menurut Farhana “Tindakan keluar dari kumpulan ini adalah bagi menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap bidang yang ingin saya ceburi. Saya ingin melebarkan karier saya dalam bidang peragaan, perniagaan, pengacaraan di samping menyanyi”.     

Bagi Ketua Kumpulan The Fabulous Cats, Cat Farish, beliau berasa sedih dengan pengunduran Farhana. Kata Cat “Segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan berjalan seperti biasa. Ia tidak mematahkan semangat kami, kami akan terus berjuang di dalam industri ini malah kami amat teruja dan tidak sabar untuk menembusi pasaran Indonesia”.

Menurut KC Ismail selaku Pengurus Kanan Metadome. “Buat masa ini tiada pertambahan anggota bagi menggantikan Farhana. Pengumuman sama ada mahu mencari penganti Farhana akan diberitahu kemudian. Pihak pengurusan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Farhana didalam apa jua bidang yang diceburi kelak”.

Semoga Farhana sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Setem Di Pawagam 30 Julai

Album Baru Altered Frequency Transit