in

Farah Asyikin di Pelancaran Koleksi Jam Roscani Trouvaille Ceramic

Pada 10 Disember lalu, jam 8.30 malam, duta jam mewah Roscani; Farah Asyikin telah mengadakan showcase nya sempena dengan pelancaran koleksi jam Roscani Trouvaille Ceramic di Plaza TTDI. Acara yang diadakan di ruang legar itu dihadiri oleh selebriti dan juga peminat Farah Asyikin sangat meriah juga.

Yang bertuahnya, setiap media yang datang diberi hadiah jam Roscani bernilai RM470 setiap satu. Wah, bergaya sakan la korang ek dengan jam baru. Ini kali kedua, media yang hadir telah dihadiahkan jam. Murah hati betul Roscani. Terima kasih Roscani~! Ironinya, jam pertama yang Budiey dapat tu kebetulan dengan hari jadi Budiey pada 1 Ogos lalu dan kali kedua ini serentak dengan majlis yang Budiey raikan sehari sebelumnya. Hehe…

Selain terhibur dengan persembahan duta Roscani, hadirin juga turut fesyen show yang diadakan serentak dengan showcase. Ramai juga selebriti yang datang. Budiey ada jumpa dengan pelakon Ashraf Muslim dan kekasihnya, Sherry Ibrahim, Iz OIAM, Rain, Audi Mok dan Imran Ajmain.

Persembahan Farah Asyikin memang tidak menghampakan. Sentiasa bertenaga dengan vokal yang mantap. Namun, ada beberapa media yang mengadu dengan Budiey tidak selesa dengan event yang diadakan di tempat terbuka dan juga dengan aturcara yang tidak berapa tersusun dan lancar. Bagi Budiey, itu biasalah, mungkin ada sebab showcase ini diadakan di tempat sebegini. Apa-apa pun, korang dah dihadiahkan jam dari Roscani, jadi, hargailah pemberian itu.

Farah Asyikin tidak lupa untuk mendendangkan lagu terbarunya, iaitu Hello. Ada seorang kawan Budiey cakap, penampilan Farah sekarang ini agak seksi sikit. Hehe, memang daring sikit je la.

Menyentuh pasal koleksi terbaru, Roscani telah memperkenalkan jam terbaru iaitu Roscani Trouvaille Ceramic yang didatangkan dengan 4 warna berbeza reka bentuk dan dibuat dengan ceramic sebagai material utama. Sangat mesra dengan semua jenis kulit. Tidak alergik. Sangat selesa di pakai. Kualitinya bagus!

Harga di pasaran RM578 hingga RM788.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Pertunangan Budiey Tersebar di Internet

Jom Join Seminar Pelangsingan Badan