in

Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis

Semalam (27 Mac 2008), Budiey telah menghadiri satu Majlis Pelancaran Program Rasa Halal Orient yang diadakan di tingkat 10, Residence Lounge, Hotel Prince, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Antara yang hadir, Farah AF2 selaku hos program, Imam Haji Mohd Fudail Ma yang diundang khas dari Xian, Encik Erland Kok dari E-Style Sdn Bhd selaku penerbit Program yang berkonsepkan Travelog Islamik ini.

2367386785 29C0Fcb0Ec | 4

2368222276 041B8E58F1 | 5

Foto: Program dilancarkan dengan menjemput Iman Fudail Ma melakarkah kaligrafi Rasa Halal Orient dalam tulisan jawi. Disaksikan oleh Encik Izelan Basar, pengurus besar Astro Oasis, Farah dan penerbit.

Dalam program TV yang akan disiarkan di saluran Astro Oasis, setiap Jumaat jam 10.30 pagi ini, Farah Breeb-breeb selaku hos akan bertudung bagi mengacarakan program yang dirakamkan di Xian, China ini. Sebenarnya, program yang berbentuk pendidikan ini akan menampilkan resepi halal dari China. Untuk satu episod terdapat 2 resepi dan lebih 300 resepi telah pun dipelajari oleh Farah akan diutarakan kepada penonton. Antara resepinya ialah terong bercili, wup teratai, tauhu pedas, mee bebola daging dan banyak lagi.

Selain menampilkan resepi masyarakat Xian, Rasa Halal Orient turut menjelajah ke Great Mosque dan 2 buah masjid di Xian. Juga akan membawa penonton menjelajah ke Muslim Street dan restoran-restoran yang menyajikan makanan halal di Xian.

Budiey merasakan program ini begitu santai, mesra dan dekat dengan jiwa penonton. Sesuai dengan pemilihan Farah yang ceria dan riang ria serta lebih spontan di hadapan kamera. Selama 15 hari, Farah telah menjalani pengambaran di Xian China bermula 26 Januari 2008. Turut menampilkan tetamu istimewa yang datang untuk melancarkan program ini, Imam Haji Mohd Fudail Ma. Farah terpaksa menyesuaikan dengan cuaca sejuk di sana. Khabarnya, dek terlalu sejuk Farah agak sukar untuk menghoskan program ini.

2367387883 Ef50E6F7Ab | 6

Program baru ini akan dibawa ke Indonesia untuk ditayangkan di saluran Oasis di sana. Untuk masa depan, Astro Oasis akan membawa seorang hos dari Indonesia menemani Farah untuk ke negara lain seperti Korea dan negara berdekatan.

Jom tonton Farah menjelajahi Xian China dalam Rasa Halal Orient yang akan disiarkan bermula 18 April 2008, setiap Jumaat, jam 10.30 pagi secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106 Astro)

Terima kasih Siti Marlina atas jemputan.

[tags]farah, rasa halal orient, resepi melayu, fudail ma, imam, how to be good imam, resepi bubur, resepi gulai, chef wan, anak chef wan, oasis, gurun sahara[/tags]

2367345479 521Aafe85C | 7

2368181490 5F7Acebd3B | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?

Ayah Achik Spin Meninggal Dunia