in ,

Fara Fauzana & Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton

Sebelum apa-apa, kalau korang suka tengok gambar kat bawah ni, sila LIKE di ruangan kat atas entri ni ya.

Pada 12 Oktober 2012, hari Jumaat yang lalu, penyampai Hot FM dan pengacara Nona, Fara Fauzana & penyanyi terkenal Siti Nurhaliza telah menyahut cabaran untuk beradu tenaga dalam satu perlawanan badminton dalam Liga Persahabatan Bintang anjuran Majalah Lisa. Bukan Lisa Surihani ya, tapi majalah ni memang nama dia Lisa. Setiap kali Budiey baca majalah ni, memang ingat kat Lisa. Ingat ke Lisa yang buat majalah nih.

Perlawanan yang bermula jam 4.30 petang itu dengarnya sangat sengit dengan tepukan dan sorakan dari Team CT & Team FF.

Fara Fauzana Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton
Siapa yang menang? Sudah tentu Fara Fauzana. Macamana Siti Nurhaliza boleh kalah ni?

Antara yang dijemput secara eksklusif ialah kelab peminat selebriti ini iaitu Siti zoners dan Fafau Fun Corner. Turut mendapat sokongan tajaan dari Nando’s dan Tea Chansii. Perkembangan sepanjang perlawanan turut dilaporkan melalui Facebook dan Twitter @LisaMalaysia.

Budiey dengar, majalah Lisa akan adakan Liga Lisa dan akan menjemput selebriti yang lain pula. Agak-agak selebriti mana yang akan terpilih nanti dan permainan apa pula ya?

Fara Fauzana Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton

Fara Fauzana Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton

Fara Fauzana Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton

Fara Fauzana Siti Nurhaliza Lawan Main Badminton

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert Bigbang di Jakarta Indonesia

Peraduan Menangi Tiket Showcase HOT CHELLE RAE Live In Malaysia