in , ,

Fara Fauzana Kini Lengkapkan Trio Team Pagi Suria

Setelah sekian lama meninggalkan dunia penyiaran radio, kini Fara Fauzana kembali bersiaran diwaktu pagi dan kali ini di konti Suria.

Kredit Foto: Salam Today www.salamtoday.com.my

Kehadiran Fara Fauzana pastinya akan membuatkan slot pagi di suria yang dikenali sebagai ‘Team Pagi Suria’ yang dikendalikan oleh Issey dan Fizi Ali akan lebih gamat lagi. Bermula sebagai penyampai jemputan di Suria ketika kempen ‘Super 8 Suria’ sekitar awal tahun 2019, Fara Fauzana menyifatkan tawaran Suria ini sebagai rezeki dan sekaligus peluang terbaik untuk beliau kembali mengubati kerinduan peminatnya untuk bertugas di konti radio.

TPS-X-FAFAU

“Tidak kira di stesen mana kita bersiaran, yang paling penting adalah kita fokus kepada pendengar, janji mereka gembira dengarkan kita ke udara,”

– Fara Fauzana

Tambah Fara lagi, kemunculannya sebagai penyampai bersama Team Pagi Suria adalah bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana Team Pagi Suria bersama Issey dan Fizi Ali. 

Menurut Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, pemilihan Fara Fauzana sebagai taruhan terbaru Suria merupakan salah satu initiatif dalam memperkukuhkan lagi jenama Suria. 

Team Pagi Suria x Fara Fauzana (4)

“Selepas perbincangan dengan pihak pengurusan radio, kami yakin, kehadiran Fara Fauzana dapat membantu menaikkan jumlah rating pendengar Suria dan mampu memberikan impak yang besar.

Melihat kepada maklum balas positif yang kami terima serta keserasian sewaktu bertugas bersama Issey dan Fizi Ali ketika beliau menjadi penyampai jemputan di Suria sebelum ini merupakan antara kriteria utama kenapa kami memilih Fara Fauzana,” 

– DJ Lin

Tambah beliau lagi, kehadiran Fara Fauzana diharapkan dapat menceriakan dan menghidupkan pagi pendengar Suria menerusi isi kandungan program yang lebih segar, menarik dan interaktif sekaligus menjadikan Suria sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia. 

Bermula 26 Ogos 2019 (Isnin) slot pagi di Suria dikenali dengan nama Team Pagi Suria x Fara Fauzanaakan berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Team Pagi Suria x Fara Fauzana

Karisma Jelajah Suria 

Jelajah Suria kembali lagi untuk siri kedua tahun 2019! Nantikan bas Suria yang membawakan penyampai-penyampai Suria kegemaran anda dan juga artis-artis popular di lokasi-lokasi berikut di sekitar Malaysia:

TarikhTempat
7 September 2019Central i-City, Shah Alam
14 September 2019Kuantan City Mall, Kuantan Pahang
21 September 2019Angsana Mall, Johor Bahru
24 September 2019Aman Central, Alor Setar Kedah

Siri Karisma Jelajah Suria adalah platform terbaik untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran anda seperti Ruffedge, Dayang Nurfaizah, Exist, Sufian Suhaimi, Floor 88 dan ramai lagi. Selain itu, dapatkan juga barangan eksklusif Suria dan peluang berswafoto (selfie) bersama Penyampai Suria serta barisan artis artis popular di sesi ‘meet and greet’di akhir acara Jelajah ini. 

Seandainya tidak dapat hadir ke lokasi Jelajah Suria, pendengar boleh ikuti persembahan ‘LIVE’ di Radio Suria Fm dari jam 5 hingga 6 petang atau ikuti ‘live update’di Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. 

Team Pagi Suria x Fara Fauzana (3)
Team Pagi Suria x Fara Fauzana (1)

Mengenai Suria FM

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai hampir 2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini. 

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

[LOGO]_Suria Segalanya Hiburan_Final-01

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2019 Minggu Ketiga

Sebab Utama Afgan Mahu Bawa Diri ke USA Selepas Konsert di Kuala Lumpur