in

Falling Skies Karya Steven Spielberg Di TV2

Siri Inggeris Terbaru : Falling Skies Karya Steven Spielberg Di TV2

[dropcap]K[/dropcap]epada peminat setia hasil buah tangan pengarah filem tersohor Steven Spielberg, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 24 Februari depan, setiap Ahad, jam 12.00 malam menyiarkan drama bersiri Inggeris arahannya bertajuk “Falling Skies” yang ditulis dan dihasilkan oleh beliau di samping Robert Rodat.

Falling-Skies-s2-poster-453x560

Menerusi 13 episod drama bersiri sains fiksyen di siarkan menerusi saluran TV2 ini, penonton diajak menyaksikan lakonan mantap aktor Noah Wyle, Moon Bloodgood, Drew Roy, Connor Jessup, Jessy Schram, Maxim Knight, Seychelle Gabriel dan Peter Shinkoda yang menghidupkan plot kisah situasi yang berlaku selepas satu bangsa asing telah menghapuskan majoriti penduduk manusia. Lalu ketika itu juga diwujudkan sekumpulan askar bersama-sama untuk cuba berdiri menentang kuasa asing yang cuba menguasai dunia.

Mengisahkan keadaan dunia setelah enam bulan musnah akibat pencerobohan global termasuklah serangan drone mekanikal dipanggil “mechs”, makhluk asing yang ciri-cirinya berkulit hijau dan berkaki enam yang dikenali sebagai “skitters” yang muncul untuk mengawal “mechs”dan tiga bangsa misteri dikenali sebagai overloards, yang mungkin jurutera sebenar pencerobohan dan ketua skitters.

Dalam masa beberapa hari penceroboh telah meneutralkan grid kuasa dunia dan teknologi, memusnahkan semua tentera negara di dunia dan membunuh lebih 90 peratus populasi penduduk manusia.

Makhluk asing digambarkan cuba menguasai anak-anak berusia sekitar 8 hingga 18 tahun dan melampirkan peranti ketaatan biomekanik ke dalam diri mereka yang dirujuk sebagai “harness”. “Harness” tersebut mengawal minda kanak-kanak dan secara paksa mengeluarkan ia secara amnya membunuh kanak-kanak itu.

Kisahnya berkembang selepas enam bulan berlakunya pencerobohan dan kumpulan mangsa yang hidup bersatu bangkit untuk melawan kembali kekejaman dilakukan terhadap mereka. Kumpulan dikenali sebagai Second Massachusetts (kiasan kepada rejimen bersejarah dari Tentera Continental), diketuai oleh Kapten Weaver yang telah bersara dan Tom Mason, profesor sejarah dari Universiti Boston. Tom Mason yang sedang dalam misi mencari anak lelakinya, Ben mesti menggunakan sepenuhnya pengetahuan luas beliau dalam bidang sejarah tentera untuk diaplikasikan sebagai salah seorang pemimpin gerakan penentang.

Saksikan babak-babak menarik penuh mendebarkan ini hanya di TV2.

babak dalam Falling-Skies-001

falling_skies_aliens

pelakon falling-skies-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kemboja Di Laman Chin Peng Lakonan Zaidi Omar

Aksi Superhero Will Smith Dalam Filem Hancock Di TV2