in , , , ,

Faizal Tahir X Dayang Nurfaizah X Tuju X Yonnyboii Bergabung Demi X MISSING YOU

Beberapa minggu lalu, penggemar muzik tanahair menjadi teruja apabila penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mengacah peminat menerusi laman sosial medianya yang memberi bayangan bahawa beliau akan muncul dengan karya terbaharu tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, apabila penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah turut memuat naik video dengan petikan lagu yang serupa di laman sosial medianya. Sekaligus menguatkan lagi tekaan peminat bahawa penantian mereka yang menantikan karya kolaborasi antara kedua penyanyi itu akhirnya terlaksana. Bermula 28 Februari 2020, industri muzik tempatan digegarkan dengan single terbaharu ‘X Missing You’ yang bukan sahaja menampilkan Faizal dan Dayang sebagai tarikan utama, malah turut diserikan dengan penampilan Tuju dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique dan Yonnyboii.

x missing u - Cover Art

Lagu terbitan Faithful Music ini merupakan suatu projek khas yang menampilkan kolaborasi antara empat figura muzik yang masing-masing mempunyai gaya dan hala tuju muzik sendiri. ‘X Missing You’ merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii.

Tuju

Lagu yang bertunjangkan melodi ‘catchy’  yang didendangkan oleh gemersik suara Dayang dan Faizal, dikuatkan lagi dengan lontaran bait-bait kata Yonnyboii dan Tuju dengan gaya tersendiri.

Yonny-boi

Lagu yang digarap dengan susunan muzik bercitarasa moden dan kontemporari setanding lagu terbitan antarabangsa ini, bakal mengulangi lagi kejayaan Faizal dan pasukan produksi rakamannya dalam menghasilkan suatu sajian muzik yang berbeza daripada karya yang berada di pasaran muzik tempatan masa kini.

‘X Missing You’ diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox dan juga iTunes bermula 28 FEBRUARI 2020 di pautan ini https://fmmy.lnk.to/xMissingu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ammar Alfian Jawab Kontroversi Video Tak Senonoh Yang Tular

Lebih 1,000 Hadir Majlis Tahlil Allahyarham Abam Bocey