in ,

FAIZAL TAHIR – ONE NIGHT ONLY di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC

Penyanyi popular Faizal Tahir akan buat persembahan yang eksklusif FAIZAL TAHIR – ONE NIGHT ONLY di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC pada 30 November 2015 ini jam 8.30 malam. Persembahan satu malam ini dikatakan menjadi mercu tanda malam menghargai peminat sempena satu dekad penyanyi ini berkecimpung dalam dunia seni suara tanahair dan melakar sejarah tersendiri.

Tiket berharga RM120 dijual di kaunter Boxoffice Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

Adakah anda salah seorang pengikut setia muzik dan peminat Faizal Tahir? Malam 30 November ini khusus untuk anda!

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nickelodeon Launch Brand-New Animated Series SHIMMER AND SHINE

Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon TUAN ANAS MIKAEL