in , , ,

Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML

Perkenalan di Instagram kira kira dua tahun lalu akhirnya membuka pintu rezeki buat dua anak muda berbakat besar, Muhammad Fahimi Rahmat, 23, dan Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 25.

Minat mendalam terhadap dunia muzik termasuk menyanyikan semula lagu penyanyi lain dengan versi tersendiri dan pada masa sama masing masing bekerja sendiri menyatu dua bakat ini menjadi satu di bawah nama duo, FML. Tidak terhenti di situ FML juga bernaung di bawah syarikat muzik, Faithful Music milik penyanyi Faizal Tahir sejak tahun lalu.

Sebagai pengenalan mereka hadir dengan single sulung berentak R&B berjudul Payung Terjun ciptaan  Faizal Tahir, Mike Chan, John Jeevasingham, Omar K, Fahimi Rahmat dan Ikhwan Fatanna.

Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML

Lagu terbitan Faithful Music dan edaran Universal Music ini dilancarkan sejak 12 tengah malam tadi di semua platform digital terpilih. Manakala video muzik rasmi lagu itu pula boleh ditonton di YouTube sejak 11 pagi tadi (24 Julai).

“Kami kenal kerana masing masing suka buat ‘cover’ lagu artis lain selain bermain alat muzik seperti gitar.  Apabila melihat minat masing masing begitu ketara, kami bergabung membuat ‘cover’ bersama sama. 

“Tak sangka pula entri video yang dikongsi di Instagram menarik minat pihak Faithful Music untuk bernaung di bawah label mereka.

“Nama FML itu sendiri ialah gabungan nama saya (Fahimi) dan Mal (Ikhmal). Ikutkan biarpun saya menjual kek dan Mal berniaga kerepek, kami banyak habiskan masa meneroka bidang muzik secara sendiri. 

“Saya dan Mal sendiri gemar melakukan susunan muzik sendiri secara suka suka. Tapi siapa tahu ke depan nanti kami boleh jadikan bidang itu secara profesional. Kebanyakan lagu ‘cover’ kami, saya dan Mal lakukan komposisinya sendiri. Mal pula memiliki suara yang unik,”

– Fahimi mewakili teman duonya, Ikhmal.

Malah kata Fahimi lagi, mereka juga secara peribadi meminati bakat besar Faizal Tahir sejak sekian lama.

“Bukan nak bodek ke apa, tapi kalau dulu memang melihat Faizal Tahir dari jauh. Alhamdulillah sekarang dapat bekerjasama sekali.

“Memang mimpi jadi nyata. Dalam hidup ini, tiada yang mustahil. Kami juga percaya dengan bakat dimiliki serta bimbingan serta sokongan Faithful Music, FML boleh terbang tinggi. InsyaAllah,”

– Fahimi

Ditanya mengenai lagu Payung Terjun ia memberi pelbagai terjemahan maksud.

Lagu berkenaan dirakamkan sekitar Mei lalu ketika tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan

“Dalam erti kata lain, Payung Terjun ini memberi simbolik bahawa dalam setiap apa yang terjadi pasti ada jalan penyelesaian

“Kalau dilihat dalam soal jodoh… kita selalu sebut kalau ada jodoh takkan ke mana. Begitu juga jika ada masalah dalam hidup, ada cara menanganinya. 

“Pendek kata rezeki akan sampai, masalah akan selesai dan jodoh juga akan tiba. Dalam lirik lagu ini juga ada menyebut ‘everything gonna be alright’… tak perlu risau. InsyaAllah,” katanya.

– Fahimi
Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML
Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML
Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JACK ‘n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia Yang EKSTRA O-SOME

Dekati Muslim Eropah Dalam Travelog Muslim Footstep