in

Faizal Tahir & Awie Wings di Konsert Ambang AMBANG 2012

Sambutan AMBANG 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Kongsikan kemeriahan kiraan detik meraikan Tahun Baru bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sambutan AMBANG 2012 pada 31 Disember bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru ini.

[pullquote align=”right”]Konsert yang akan diadakan buat kali ketujuh kalinya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 seawal jam 9.00 malam sehingga jam 12.30 tengah malam ini menyaksikan penghargaan RTM kepada pendengar dan penonton setia RTM sepanjang tahun.[/pullquote]

Sebagai menyokong semangat perpaduan dan muhibah di antara warga bandar raya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat negara ini, konsert AMBANG 2012 mempamirkan kepelbagaian etnik dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia dengan penonton dijanjikan dengan variasi persembahan hiburan dan tarian yang menghiburkan.

Menampilkan Linda Onn dan Zainal Alam Kadir sebagai pengacara dengan dibantu oleh Raianna, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Kenchana Dewi, penonton akan dihiburkan dengan pelbagai jenis lagu dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil daripada artis popular yang bakal membuat persembahan.

Antara artis popular yang akan membuat persembahan termasuklah Dato’ M.Nasir (Tanya Sama Itu Hud Hud dan Mantera Semerah Padi), kolaburasi M.Nasir dan Jamal Abdillah dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah, Awie (Layang-Layang Terputus, Terima Kasih dan Sejati), Jamal Abdillah (Penghujung Rindu, Gadis Melayu dan Kekasih Awal dan Akhir) dan Faizal Tahir dengan tiga lagu popularnya, Adrenalin, Gemuruh dan Karma).

Selain itu saksikan kemunculan Black (Aku Rindu dan Sofea Jane), Sabhi Sadhi (Waktu), Daniel Lee (Saya Anak Malaysia), Jep Sepahtu (Boulavard), One Nation Emcee (Lancang Kuning dan Raja Gelek), Magendran (Na Roma Naa), Hujan (Muda, Kotak Hati dan Rumah Kita), Goldkartz, (Marjava dan Gidhe Vich Nach), Desiree Tan (Showtime dan Price Tag), Mizz Nina (Take Over dan What A You Waiting For) dan sebuah lagu menggabungkan Mizz Nina dan Noh Hujan bertajuk Kurnia.

Persembahan artis Aristana Istana Budaya, Wakaka Crew, Asthana Arts dan Warisan N9 juga bakal turut mengambil tempat menghiburkan penonton selain Instrumental solo gitar lagu Godfather oleh pemain gitar terkenal Man Keedal.

Justeru seluruh warga kota dijemput hadir ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk sama-sama memeriahkan sambutan AMBANG 2012.

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Secrets for Sale

Almy Nadia & Aqasha Dalam Drama Metafora