in ,

Fahrin Ahmad Jarang Jumpa Bakal Isteri Elak Fitnah

Pelakon Fahrin Ahmad berkata, percintaannya dengan bakal isteri amat mencabar kerana mereka jarang bertemu selain enggan ia menjadi bualan orang.

“Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin dan bakal isteri yang dirahsiakan identitinya itu bakal bernikah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada Sabtu ini yang dijadual berlangsung pukul 10 pagi. Pengumuman pernikahan itu dibuat Fahrin di Flora Terrace, Hampshire Place di sini pada Selasa.

Beliau juga meminta pihak media agar bersabar sehingga Sabtu ini untuk melihat siapakah isterinya itu. Tambah Fahrin, bakal isterinya seorang yang memahami dirinya selain berfikiran bijak.

“Mujurlah pasangan saya itu faham dan Alhamdulillah, saya akan menerima seorang isteri yang bijak dan tenang orangnya,” ujar Fahrin.

Dalam pada itu Fahrin menegaskan pengumuman pernikahan yang dibuat pada Selasa bukan kerana ingin menutup spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda. Dia tidak pernah berniat untuk menutup gosip tersebut sebaliknya sudah merancang lebih awal membuat persiapan perkahwinan sejak akhir tahun lalu.

“Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut. Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Izreen Azminda dikaitkan punyai hubungan dengan Fahrin Ahmad. Terdahulu, Fahrin dan Izreen dikatakan mula rapat apabila mereka sama-sama membintangi drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production beberapa bulan lalu.

Namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat daripada kedua-dua mereka.

SUMBER: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Hari Ibu bersama Astro Bella

Pengalaman Menyertai Bengkel Make Me A TV Personality