in , ,

Facebook Dipantau PDRM, Zul Yahya Dedah Sebab Kenapa Keluar Tabligh

Bekas pelakon Zul Yahya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari jemaah tabligh yang disertainya selama ini. Hal itu kata Zul demi menjaga kemuliaan jemaah tanpa mengaitkan dirinya lagi selepas ini.

“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh, saya tidak lagi bersama dengan mereka. Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar bersama mereka, semoga apa yang dikongsikan dan doakan untuk saya dapat terus istiqamah hingga mati. Selamat tinggal segala urusan bersama mereka,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, tindakan Zul berkongsi keputusannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut di Instagramnya.

Ada yang bersetuju dengan tindakan Zul malah ada yang menyindir pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.

“Aik bukan ke haritu ajak orang kuarantin 40 hari di masjid. Tu lah saya cakap bang, kita masa khuruj pon dah belajar jangan dakwah ikut nafsu,” tulis seorang pengguna.

“Kau ingat jemaah tabligh ni NGO? parti politik? persatuan? sape yang bagi nama jemaah tabligh ni? boleh keluar masuk ke? ade pendaftaran ke? hahaha.. ini kerja kita bang.. cara hidup bermasyarakat… insha allah..Allah bagi faham,” tambah individu lain.

Bagaimanapun, ada yang menyambut baik hasrat Zul untuk meninggalkan jemaah tabligh.

“Saya faham kenapa dan mengapa..Abg Zul tak ada gaduh dengan tabligh pun, cuma semuanya kerana menjaga nama baik jemaah tabligh.. Alhamdulillah respect abg Zul kerana telah buat satu usaha yang mulia pada saya,” tulis seorang pengguna.

“Pada saya, sepatutnya jemaah tabligh itu juga seharusnya mempertahankan hak masing², tapi kelihatannya masing² nak jaga perut sendiri. Tak apalah bang, tidak bersama dengan mereka bukan bererti membuang mereka dalam hidup kita,” tambah pengguna lain pula.

Terdahulu, Zul menyatakan kekes4lan terhadap pandangannya mengenai makanan sunnah yang mendapat kec4man hebat daripada netizen.

“Ajak menghidupkan makanan sunnah dikec4m. Dunia semakin tua,” katanya.

Dalam pada itu, Zul juga mengimbau kenangan ketika beliau berusia 23 tahun

“Alhamdulillah … aku anak orang miskin, takda harta, takda pelajaran tinggi SRP pun takda, menulis pun tak pandai tapi aku tak pernah rasa selesa dan meminta minta ….
dimana ada kemahuan disitu ada jalan,”

“Dari dulu aku diajar utk jadi pembersih dan berdikari , suka berhias ambil yg tak dipandang untuk dijadikan lebih bernilai … nak bergaya tak perlu mahal janji rajin. Kenangan usia 23 thn masa mula2 belajar2 jadi anak seni, masa ni pendapatan tak byk mana pun, cukup2 makan je janji menghargai peluang yang ada alhamdulillah lebih dari 200 watak utama aku diberikan peluang, alhamdullillah macam-macam watak dapat…. Allah swt Maha Baik.

“Pernah takda job aku jual nasi lemak tepi jalan, kat kedai kopi cina, janji tak mintak kat orang, berat badan lebih kurang sama …. alhamdulillah Allah swt masih hidupkan sy kini dah 51 thn. Cepat masa berlalu dan dunia semakin laju,”

Polis Pantau Facebook Bekas Pelakon

TELUK INTAN: Polis Perak akan memantau Facebook seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman antiv4ksin C0VID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan tindakan bekas pelakon itu.

“Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran Facebook serta melakukan siasatan. Jika ia menggugat keharmonian masyarakat, tindakan akan diambil.

“Setakat ini, tiada gerakan antivaksin dikesan di Perak tetapi kita tetap melakukan pemantauan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

Hantaran Facebook bekas pelakon itu menjadi perbualan netizen kerana dipercayai menolak program vaksinasi kerajaan.

Semalam, media melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang menasihatkan golongan selebriti supaya tidak menyebarkan fahaman antivaksin, sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin bagi memerangi penularan COVID-19.

Sementara itu Mior Faridalathrash berkata setakat ini 76 peratus anggotanya di seluruh negeri menyatakan persetujuan untuk mengambil vaksin itu yang akan bermula 12 Mac ini secara berperingkat.

“Saya yakin peratusan itu akan meningkat. Kita tidak perolehi 100 peratus kerana pengecualian anggota yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan hamil,” katanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Gambar Alat Uji Kehamilan & Gambar Scan, Ramai Sangka Zarina Anjoulie Hamil

tony fernandes airasia-2020

NTIS – Airasia Teroka Khidmat Penghantaran Melalui Dron Di Kawasan Bandar