in , ,

Fabulous Cats Pakaian & Style Paling HOT di Hot FM Big Jam 2009

Dalam ramai-ramai artis, Budiey ingin memberikan anugerah pakaian paling HOT kepada grup Fabulous Cats. Lihat sendiri solekan tatarias dan juga pakaian mereka begitu sesuai dan mengikut tema.

Gaya pemakaian memang penting untuk memantulkan imej seseorang artis. Budiey ada buat pemerhatian ketika festival ulangtahun ke-3 Hot FM di Danga Bay Ahad lalu, rata-rata artis perform dengan pakaian yang kasual. Mungkin Budiey dikaburi dengan imej-imej band indie yang hanya berT-shir dan seluar jeans. Tapi itu sesuai dengan diorang. Santai dan sempoi.

Dalam ramai-ramai artis, Budiey ingin memberikan anugerah pakaian paling HOT kepada grup Fabulous Cats. Lihat sendiri solekan tatarias dan juga pakaian mereka begitu sesuai dan mengikut tema.

Memakai pakaian sedondon berona merah dan solekan yang lebih funky walaupun ada yang kata terover dan terlebih sudah, namun, kesungguhan imej yang ditampilkan oleh geng Fabulous Cats harus diperincikan!

Ini juga kali pertama Budiey bertemu dengan salah seorang vokalis yang masih hijau, masih baru dalam grup ini iaitu WANGI JULIANDA yang berasal dari BANDUNG. Masih muda jelita dan vibrant… berusia 19 tahun. Sebenarnya, Wangi sebelum ni adalah vokalis kepada sebuah band di Indonesia. Vokal Wangi yang lunak telah memikat hati Cat untuk mengambil menjadi vokalis dalam grup pop hip hop ini. Kata Cat, kalau nak kira, Anna pun datang dari band jugak.

Hot Red!
Satu pose yang menggoda…
Besar luas mata dia…

Mulanya, Budiey ingat ke Ekin sebab muka hampir sama dengan bini Mawi. Rupanya, inilah vokalis baru yang menang ujibakat yang dibuat oleh Cat Farish di Jakarta.

Wangi adalah antara 12 orang finalis di ujibakat yang telah menunjukkan potensi dan Cat Farish rasa sesuai untuk grupnya setelah bersepakat dengan syarikat rakaman Metadome, mereka pun bersetuju untuk ambil Wangi pada 13 Februari lalu.

Dan Budiey kira, pengambilan Wangi adalah strategi untuk Fabulous melebarkan sayapnya ke Indonesia! Kata Cat, kalau di Indonesia, senang sikit untuk berkomunikasi dengan adanya Wangi.

Wow, kira grup ini adalah grup serumpun sebab Adip dari SIngapura, Anna dan Cat dari Malaysia dan Wangi pula dari Seberang!

Tapi paling dahsyat, grup antara grup yang selalu bertukar ganti ahlinya. Sekejap orang tu, sekejap pula orang lain. Kemana hala tuju Fabulous Cats nih?

“Kami memang akui dah banyak buat rombakan dan penggantian, now.. we wanted to ensure that this time around, it will be the last. Yang ni kira the last lah. Sebab Cat rasa semua ahli kira sesuai berkolaborasi. Yang penting kerjasama dan sepakat.”

Mengapa Cat pilih Wangi?

Kami mahu seseorang yang berjiwa kental, yang begitu meminati muzik. Kami mahu someone who is passionate about her singing, someone who will not allow fame to get to her.“We have been through many changes and we wanted to ensure that this time around, it will be the last.

Kami rasa Wangi punya karisma dan style yang begitu lain dari yang lain. And she is such a great sport! She blended in well with the group.”

Terang Cat, “Masing-masing punya kelebihan dan ciri yang unik. Macam Anna lebih kepada fesyen style yang stylo mellow, Wangi pula tampil dengan jiwa muda yang lebih fresh dan vibrant, Adip punya soul, dan Cat pula… hehehe I am the P. Diddy of the bunch!”

Cat, Budiey tak nampak pun Deejay Sumo, mana dia pergi ya?

“Dia ada tapi… kami sekarang kena faham yang Deejay Sumo perlu lebih fokus kepada kerjanya sebagai Chef. Tapi tak pe, Sumo masih lagi bersama kami cuma sekali sekala, dia akan bersama kami.

Memetik kata di blog FC: Pengunduran DJ Sumo yang amat mengejutkan dan kesedihan ini hanya dapat kami kongsi di sini. Mulanya beliau bercuti tetapi dia telah meninggalkan kami atas kerana masalah keluarga dan kerja. DJ Sumo akan bekerja di KLIA sepenuh masa sebagai chef dan juga telah meninggalkan Kopicat kafe. Kami tidak dapat menghalang hanya mahu penjelasannya kepada press dan rakan rakan setugas yang lain.

Kegembiraan kami hanya melihat dia dari jauh yang akan bertunang dgn gadis pilihannya mungkin akan berkahwin awal tahun depan. Mungkin karier nyanyian bukan pilihan DJ Sumo. DJ Sumo juga memberitahu kami yang dia sekarang perlu pekerjaan tetap kerana menanggung mamanya yang menjalani pembedahan dua hari lepas. DJ Sumo satu satunya anak yang bertanggung jawab dgn keluarganya dan hormatilah keputusannya.

Apa apa pun kami sekali lagi terasa amat sedih kerana dapat tahu perkara ini dengan mengejut dan ketika waktu kami sedang meningkat ke satu tahap yang baik.

Terbaru, Fabulous Cats akan terbang ke Indonesia untuk menerima tawaran buat show di sana. Saingan mereka Tangga, Warna and Malique D’ Essentials begitu sengit. Namun, mereka tampak bersemangat untuk melayarkan muzik hip hop mereka dengan single pertama Papa Jahat yang katanya orang Indonesia menggemari muzik sebegitu sepertimana muzik dangdut jugak. Namun, ada lirik yang dinyanyikan oleh Wangi akan diubah ke bahasa Indonesia.

Cat, sampai bila nak you jadi rappers?

“Sampai umur saya 60 tahun. Hahaha, Visi Cat untuk mencari dan mengasuh bakat-bakat baru yang mahu membawa irama hip hop ini dan mungkin dalam 20 orang rappers atau freestylers dan terus rakam dalam 2 buah lagu. I selalu percaya bahawa tukant karut atau seorang rapper perlu ada jiwa yang spontan.”

Pada 4 Mac ini (ESOK), Fabulous Cats bersama dengan Marsha Londoh, Dato’ David Arumugam dan Lah Ahmad akan perform di Zoom In @ RTM jam 8 malam, di Auditorium Perdana Angkasapuri. Masuk adalah PERCUMA!

Anna yang mementingkan solekan funky dan fesyen yang stylo! Ouch… Ada diamond kat sekitar mata.

Nampaknya kucing-kucing ini macam garang aje…segarang harimau.. meowwwwghmm

Mendendangkan tiga buah lagu popular mereka iaitu Rimas, Bawaku Terbang dan Papa Jahat. Performances boleh tahan jugak. Satu kolaborasi vokal yang mantopppp!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Advertorial: Promosi Hebat Perfume Terbaru Burberry The Beat Men

Dokumentari DAULAT TUANKU Di TV3