in , ,

Ezlynn Tak Paksa Kekasih Peluk Islam

Penyanyi Ezlynn Ariffin mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berbangsa Cina namun dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas bercerai pada Oktober 2017.

Mempunyai keinginan untuk kembali bekeluarga dan menimang cahaya mata, penyanyi Ezlynn mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa lain.

Penyanyi yang dikenali dengan single Hi Hi Bye Bye itu mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab apabila membabitkan soal agama. Ezlynn menjelaskan, dia mahu jejaka terbabit mendalami Islam terlebih dahulu.

Ezlynn akui dia tidak menaruh harapan yang tinggi kepada jejaka tersebut yang juga rakan perniagaannya kerana perbezaan agama. Dia mahu berkahwin semula tetapi dalam hal ini banyak hati yang kena dijaga.

“Saya akui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka Cina yang juga merupakan rakan perniagaannya.

“Kami masih berkawan rapat cuma perbezaan agama membuatkan saya tidak menaruh harapan yang tinggi.

“Kalau boleh saya memang mahu cepat kahwin tetapi dalam hal ini banyak hati perlu dijaga,”

– Ezlynn

Ezlynn kata dia tidak akan memaksa jejaka itu untuk masuk Islam dan meminta agar netizen mendoakan yang terbaik sahaja.

“Saya tidak mahu dia menukar agama kerana mahu berkahwin semata-mata, sebaliknya keputusan itu dibuat kerana cintakan agama Islam.

Hal ini bukan boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan soal agama. Ini melibatkan perbezaan agama, saya tidak mahu memaksa si dia memeluk Islam.

“Kami sudah lama berkawan, namun biarlah dia menunjukkan kesungguhan jika ingin membawa hubungan ini lebih jauh.

Saya ingin perasaan cintakan Islam mendahului segalanya. Doakan yang baik-baik.

Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut berhubung perkara ini,”

– Ezlynn

Penyanyi yang kini tampil dengan single berjudul Goyang itu ditemui di Koleksi Musim Panas ALIKE yang diadakan di Istana Budaya, di sini, semalam.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehidupannya sejak bercerai dengan bekas suami, Adam Fahmy, pada Oktober 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi & Hawa Rizwana Hanya Sekadar Berkawan

Pembukaan Apple Jewel Changi Airport, Apple Store Pertama di Lapangan Terbang