in , ,

Exabytes Melancarkan Inisiatif ‘Accelerate Women Entrepreneurship 2022’

Program ini bermatlamat untuk memperkasakan sekurang-kurangnya 200 orang usahawan wanita Malaysia dan Singapura menerusi tajaan penuh teknologi perniagaan digital

Exabytes, penyedia perkhidmatan lengkap Teknologi Digital, e-Dagang dan Perniagaan Berasaskan Awan yang terkemuka di Asia Tenggara meneruskan usahanya untuk melebarkan peluang kepada perniagaan-perniagaan milik golongan wanita menerusi pelancaran inisiatif Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes 2022 sempena Hari Wanita Sedunia 2022. Inisiatif ini disokong oleh EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, YB Chong Eng yang turut hadir pada sidang media secara maya. Dengan slogan #WomenWeCan, inisiatif ini akan berlangsung untuk tahun kedua bermula dari Februari 2022 sehingga Jun 2022.

Exabytes, yang berpengalaman membantu lebih daripada 160,000 perniagaan berkembang secara dalam talian selama 21 tahun, meneruskan misinya untuk merancakkan semangat keusahawanan dengan membekalkan lebih kurang 200 usahawan wanita daripada Malaysia dan Singapura dengan teknologi dan alat-alat perniagaan digital bagi berdepan cabaran dalam perniagaan mereka. Exabytes akan menaja sejumlah RM400,000 atau $400,000 dalam bentuk produk dan perkhidmatan untuk inisiatif ini di Malaysia dan Singapura.

Kejayaan inisiatif #WomenWeCan pada 2021 menginspirasikan Exabytes untuk meneruskan inisiatif sama pada tahun ini. Pada 2021, Exabytes berjaya melahirkan 100 orang usahawan wanita dengan laman web perniagaan dan kedai dalam talian melibatkan jumlah RM350,000 atau $350,000 di Malaysia dan Singapura. 

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Kumpulan Syarikat Exabytes, Chan Kee Siak optimis bahawa inisiatif ini akan memperkasa dan memberikan impak kepada lebih ramai usahawan wanita dalam perjalanan mereka untuk membangunkan perniagaan dalam talian yang berjaya.

Acid Yong, .Chief Executive Officer Of Korea Wallpaper &Amp; Founder Of Dooran Dooranjpeg

Usaha-usaha pelbagai pihak dan pertubuhan bagi menggalakkan lebih ramai penduduk untuk menceburi bidang keusahawanan mula membuahkan hasil dengan peningkatan bilangan usahawan di Malaysia dan Singapura tanpa mengira jantina. Walaupun usahawan-usahawan wanita semakin mendapat tempat sebagai penggiat penting dalam landskap keusahawanan, namun bilangan mereka masih lagi kecil berbanding golongan lelaki yang memiliki perniagaan.

“Selari dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #BreakTheBias, serta piawaian Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG) dalam memupuk serta memudah cara sebuah persekitaran yang mengangkat kepelbagaian dan keterangkuman wanita dalam tenaga buruh, inisiatif ini bermatlamat untuk mempromosikan kesaksamaan taraf antara lelaki dan wanita dalam arena keusahawanan. Di samping itu, ia juga dijangka akan menggalakkan aspek kebebasan dan jaminan kewangan dalam kalangan suri rumah yang menceburi bidang perniagaan. Langkah ini diharap akan menjadi suri teladan kepada wanita-wanita muda dan menyuntik keyakinan dalam diri mereka untuk berniaga dan menjalani kehidupan. Pada dasarnya, kami ingin memperkasakan komuniti menerusi wanita-wanita yang menjadi sumber inspirasi kerana merekalah tonggak masyarakat di rumah dan di tempat kerja.”

Disokong oleh EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang bagi tahun kedua secara berturut-turut, inisiatif ini ialah satu kesinambungan kepada usaha untuk memesatkan penerimagunaan teknologi digital dalam kalangan PKS dan pemilik-pemilik perniagaan wanita.  

EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, YB Chong Eng berkata “Inisiatif ini selari dengan aspirasi kami untuk menyokong usaha yang mengupayakan golongan wanita, sekaligus merancakkan perkembangan ekonomi kita. Kami menyedari bahawa inisiatif ini merupakan satu kejayaan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, justeru kami yakin inisiatif pada kali ini akan memberikan hasil yang lebih besar kepada golongan wanita yang terlibat. Saya berbesar hati dapat menyokong inisiatif ini dan saya gembira melihat golongan wanita yang terlibat berpeluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusinya. Kerajaan Pulau Pinang sentiasa mempertimbangkan perspektif gender dalam pembuatan keputusan, perancangan dan proses pentadbiran. Dengan inisiatif-inisiatif seperti ini, kita dapat memastikan bahawa peluang-peluang yang sama rata diberikan kepada lelaki dan juga wanita.” 

[Exabytes] Vickson Tan, Senior Vice President Marketing Of Exabytes Network Sdn Bhd

Berbeza dengan inisiatif terdahulu yang memberikan peserta sebuah laman web yang sedia untuk digunakan, bagi pusingan kali ini, usahawan-usahawan yang terlibat akan berpeluang untuk membina sendiri laman web mereka menerusi sebuah bengkel dengan dua modul yang diadakan secara percuma. Bengkel “Bagaimana Cara Membina Sebuah Laman Web dalam Masa Dua Hari” diadakan dengan kerjasama PolarisHub yang akan memberikan latihan tersebut sepanjang tempoh inisiatif. Bengkel selama dua hari ini akan berlangsung dalam lima sesi berbeza dari Februari hingga Jun 2022.

“Kami percaya bahawa rangkaian teknologi digital dan pengehosan awan kami sesuai bagi memenuhi keperluan-keperluan usahawan untuk bertapak secara dalam talian serta menjamin keuntungan, produktiviti dan keselamatan perniagaan mereka. Kami akan menaja pengehosan percuma WordPress dan domain untuk lebih kurang 200 orang usahawan wanita di Malaysia dan Singapura bagi inisiatif tahun ini”. 

“Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada peserta-peserta tahun lepas, inisiatif ini berjaya membantu usahawan-usahawan wanita untuk mendapat pendedahan perniagaan yang lebih meluas di samping memperbesar sasaran pasaran mereka. Justeru, kami amat yakin bahawa inisiatif pada tahun ini yang telah diperkukuhkan dan disusun secara khusus akan berupaya untuk terus memperkasa wanita dan merancakkan landskap PKS.”

“Sebagai sebuah syarikat yang dahulunya juga beroperasi sebagai sebuah syarikat permulaan, Exabytes mempunyai impian untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setempat serta memastikan inisiatif-inisiatif kami bersifat menyeluruh. Ia juga sejajar dengan tema pertama Kempen Ulang Tahun Ke-21 kami iaitu ‘Dream’. Kami mahu berperanan sebagai pemboleh daya kepada usahawan-usahawan wanita ini untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan ” kata Chan

Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes akan berlangsung sepanjang Februari sehingga Jun 2022 dan ia terbuka kepada semua wanita di Malaysia dan Singapura.  

Tentang Exabytes

Ditubuhkan pada 2001, Kumpulan Syarikat Exabytes ialah pembekal perkhidmatan lengkap Teknologi Digital, e-Dagang dan Perniagaan Berasaskan Awan yang terkemuka di Asia Tenggara. Syarikat ini ialah pakar dalam khidmat pengehosan awan, pengehosan bersama, pengehosan e-mel, pelayan peribadi maya (VPS), pelayan khas, pendaftaran nama domain, pemasaran digital dan pelbagai lagi. Perkhidmatan Exabytes kini dinikmati lebih daripada 160,000 perniagaan kecil dan sederhana di 121 negara. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga | 19

Dato’ Zainal Abidin, Bunga & Ramai Lagi Bakal Jayakan Konsert Lagu Rakyat Di Istana Budaya 

Trending Huawei | 20

Psst, Something Super is Coming!