in ,

CuteCute

Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok

Sebagai merancakkan lagi kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ diWANGikan oleh One Drop Perfumes, stesen radio yang semakin popular dengan tagline, ‘Muzik Terbaik Tanpa Henti’ itu turut menjemput selebriti popular untuk berinteraksi secara ‘live’ bersama peminat mereka.

Semua ini akan akan dapat didengar menerusi segmen ‘Selebriti Room’ yang ke udara setiap Khamis bermula 7.30 hingga 9 pagi bersama crew [email protected], Tuah dan Zizi.

Sepanjang Ogos ini, empat nama besar telah pun menyatakan persetujuan iaitu Datuk Sheila Majid (27 Ogos), Rozita Che Wan (20 Ogos), Amy Mastura (13 Ogos) dan pada 6 Ogos (khamis ini), Erra Fazira akan berada di studio Suria FM bersama puteri comelnya, Engku Aleesya.

Ini juga merupakan temubual radio pertama Aleesya dan Erra sejak bergelar ibu. Sepanjang temubual itu, Tuah dan Zizi akan mengorek sebanyak mungkin rahsia yang tak pernah diketahui umum tentang Erra sebagai seorang ibu.

Nantikan juga telatah dua ‘bujang senang’ Suria FM, Tuah dan Zizi yang akan cuba mengorat puteri sulung Erra. Selain boleh berinteraksi bersama Erra di talian 03-40411053, pendengar juga boleh bertanyakan sebarang soalan kepada penyanyi dan pelakon jelita itu dan puterinya menerusi SMS ke talian 33080.

Sesi temubual itu turut disiarkan secara live di suria.tv menerusi www.suriafm.com.my.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. takkan lpskan peluang utk dengar apa2 perkembangan terbaru dari pelakon jelita ini.Apatah lagi yg berkisar tentang putrinya.

  2. suka hati lah erra nak pakai seksi,hubby dia tak marah apa…!!!
    yang penting dia makin jelita walau pun dah bergelar ibu…!!!

  3. Tu foto lama lah…tak sabar nak dengar pagi ni…BIARLAH DIA BAWA ANAK DIA..ADA DIA MENYUSAHKAN ORANG KE??? Dulu masa tak bagi tengok kata kedekut tunjuk..sekarang baru tau….tak suka tak payah menyibuk ambil tahu

  4. aku minat erra masa dia first masuk nona pas menang miss malaysia lagi, dia usung anak dia kesana kemari sbb dia mak yg bagus, anak tak lepas dari mata dia, baguslah…tak biar suri (maid)je yg buat keje..

  5. pakai lawa2 ha………………biak semua terpegun melihat korg bedua…………..he…………he…………….

  6. biasala manusia yg tk guna otak sebelum komen camtuh la..bila dia tinggalkan anak, kata dia tk pedulikan anak la, sorok anak la..padahal dia pergi kerja..sama cam aku gak..kuar pukul 7.00 balik kul 7.00 mlm..time tuh anak aku pun kecik gak..bila dia bawak kata usung anak kesana sini..biorla anak dia bukan anak org lain..bukannya erra tuh keje kilang, bawak anak ke kilang..atau pun keje cuci pejabat, kena letak anak kt stor..kerja dia releks jer..tempat pun selesa…aku pun kekadang bawak anak ke ofis pasal aku ada bilik sendiri…so what ? ni sumer penyakit ” HATI “..camtu la…

  7. Betul tu NONA…Tak faham dengan manusia yang suka menyibuk.Dah tak minat Erra x payah le sibuk nak ambil tahu hal dia.Tapi nak juga menyibuk cari kesalahan orang.Sama la juga dengan yang kutuk – kutuk tentang Gugu Gaga Erra.Dah tak minat, tengok siaran lain kan senang….Hati kalau dah busuk….memang tak senang tengok orang lain senang…bawa – bawa la bertaubat….bIARLAH ERRA DENGAN HIDUPNYA….

  8. Apapun memang best tengok foto – foto menarik Erra dan Aleesya di website Suria FM 😉 ….GOOD GIRL..Dalam program AC jumaat tadi pun best sebagai jemputan

  9. Erra Fazira tetap jelita & semakin cantik selepas melahirkan Engku Aleesya… Ratu Cantik Melayu Terakhir laa katakan…….?? Kalau orangnya dah memang cantik semulajadi pakai pakaian @ fesyen apa sekalipun tetap nampak cantik……=) Memang tak bole menafikan pakej yg Erra Fazira ada… Beliau memang komoditi Malaysia yang amat bernilai buat semua peminat setia Erra Fazira…Hidup Erra Fazira!!!

    Kami sebagai peminat setia Erra Fazira akan terus menyokong Erra Fazira sehingga Erra Fazira berjaya dalam hidup Erra!!! insya-Allah!!!

  10. Wah slim kak lah Kak Erra, di harapkan anda maju jaya dalam apa yang diceburi dan selamat berpuasa!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gossip: Artis Gila Publisiti

Sekitar Sambutan Hari Jadi Stacy Ke-19