in ,

Episod Akhir Puteri Malam Lakonan Zara Zya

Drama penuh debaran, Puteri Malam lakonan bintang baru yang semakin mendapat perhatian, Zara Zya yang turut dibantu oleh pelakon berbakat, Ku Hariz, Puteri Chichi dan Adam Hafreez semakin hampir ke kemuncaknya. Setelah Puteri diselamatkan oleh Abang Ron yang sebelum ini pernah mencuba untuk membantu Puteri keluar daripada dunia pelacuran, dia telah dibawa ke pusat jagaan dan pemulihan remaja dan perempuan Darul Aishah.

Puteri kerap membisu dan tidak mahu bercakap, Abang Ron pula tidak memaksanya dan memberikan Puteri sebuah buku jurnal. Sekiranya Puteri tidak mahu bercakap, dia boleh berkomunikasi menggunakan buku jurnal itu.

Puteri mula menulis di dalam buku jurnal yang diberikan Abang Ron kerana dengan cara itu dia dapat meluahkan perasaan yang terbeban di benaknya. Puteri dengan bantuan Abang Ron cuba untuk mencari Jambu dan Fiona. Tetapi malangnya, Jambu tiada lagi di tempat persembunyiannya.

Tanpa diketahuinya, Jambu juga sedang sibuk mencari lokasi Puteri namun bernasib malang apabila dia ditemui oleh Farid yang disangkakan telah mati. Farid sedaya upaya cuba untuk menjejak Puteri kembali dan dia berjaya sampai ke tempat persembunyian Puteri.

Apakah nasib Puteri, Jambu dan Fiona setelah puas mereka cuba untuk keluar daripada kehidupan hitam yang menyiksakan ini? Sama-sama kita saksikan kesudahan episod akhir Puteri Malam terbitan Filmscape Sdn. Bhd. akan bersiaran pada 25 November ini, jam 10.30 malam menerusi slot 9X di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my. Anda juga boleh layari www.tonton.com.my bagi siaran ulangan Puteri Malam.

Episod Akhir Puteri Malam Lakonan Zara Zya

Episod Akhir Puteri Malam Lakonan Zara Zya

Episod Akhir Puteri Malam Lakonan Zara Zya

Episod Akhir Puteri Malam Lakonan Zara Zya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotels Lancar Kempen Percutian Alami Citarasa Dunia

Senarai Lagu ke Anugerah Juara Lagu 28