in , ,

Episod Akhir Drama Bunga Merah Punya

[dropcap]D[/dropcap]rama Bunga Merah Punya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di slot Aurora TV9 bakal berakhir Khamis ini. Drama yang menerapkan erti percintaan, kasih sayang keluarga dan pengorbanan dalam persahabatan ini dibarisi pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Izzue Islam dan Sharifah Sakinah. Turut membantu memperkuatkan lagi jalan cerita drama ini ialah Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Zalfie Roul, Idzham Ismail, Hasnul Rahmat, Roslan Madun dan adik Izz Ilham.

Drama Bunga Merah Punya

[pullquote align=”right”] Izzue Islam dan Sharifah Sakinah bakal berborak-borak di star chat Gua.com.my bermula pukul 3 petang hingga 4 petang pada hari Khamis ini[/pullquote]

Dalam episod akhir drama ini, kelihatan Pak Cu bersendirian di kedai miliknya dan memetik gitar milik Merah. Merah yang kembali untuk mengambil gitarnya terkejut bila mendengar Pak Cu menyanyikan lagu ciptaan Tok Baen. Pak Cu terkejut apabila Merah menegurnya. Merah ingin tahu dari mana Pak Cu tahu lagu itu. Pak Cu dengan berat hati menceritakan kisah sebenarnya yang selama ini dipendamnya. Merah bagaikan tidak percaya akan kenyataan itu. Bunga yang sedang sakit telah lari daripada rumah Pak Cu. Buat pertama kalinya Merah kembali menjejakkan kaki ke rumah peninggalan Tok Baen setelah bertahun lamanya dia meninggalkan kampung itu demi menjejak Bunga. Dia tidak mahu Bunga terlepas dari genggamannya lagi.

Adakah takdir sekali lagi akan memisahkan Bunga dan Merah? Siapakah Pak Cu sebenarnya? Bunga Merah Punya mempunyai kekuatan tersendiri di mana susunan lagu hasil nukilan pengarahnya, Zul Huzaimi berjaya menyentuh emosi dan membantu jalan cerita drama ini menjadi lebih menarik untuk dihayati.

Mari sama-sama kita ikuti pengakhiran drama Bunga Merah Punya pada hari Khamis, 16 Mei jam 8.30 malam di slot Aurora TV9. Jangan lupa untuk bersama Izzue Islam dan Sharifah Sakinah, di ruangan ‘chatting’ star chat Gua.com.my bermula pukul 3 petang hingga 4 petang pada hari yang sama.

Selamat menonton ya! Nanti kasi komen kat sini, puas hati dengan penamatnya?

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Izzue Islam

Izzue Islam

Drama Bunga Merah Punya

Drama Bunga Merah Punya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butterfingers Lahir Album Kompilasi Kronologikal

Bocik Tampil Juara Mingguan Kumpulan B Bintang Mencari Bintang