in ,

Episod Akhir Drama Bersiri 7 Suami

7 suami drama yang bersiaran di slot ratu setiap Selasa dan Rabu yang diterajui oleh pelakon hebat Izreen Azminda bakal berakhir pada 25 Mac ini. Kisah benar yang diangkat menjadi drama ini merupakan hasil arahan Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. 7 Suami turut diwarnai dengan kehadiran 7 lelaki berbeza untuk menguatkan jalan cerita ini iaitu Aiman Hakim Ridza, Kaza, Yuswaisar, Esma Daniel, Azhar Sulaiman, Fazreen Rafi dan Azhan Rani.

7 Suami-Ihsan2

Mampukah Bahagia Dikecapi Buat Kali Terakhir?

[dropcap]B[/dropcap]iarpun hatinya kian kali diguris luka hanya kerana bahagia yang ingin dikecapi Yah tabah mengharungi segala dugaan. Perkahwinan dengan Haji Dollah yang musnah telah membawa Yah jauh ke Kuala Terengganu dan cintanya bersama Budi bertaut. Namun cinta mereka tidak bertahan kerana sikap Budi yang suka berjudi. Perjalanan Yah mencari bahagia diteruskan lagi apabila Yah sudi untuk menerima cinta Dato’ Naza yang ikhlas mencintai dan sanggup menjadi isteri kedua. Kerana cemburu, Yah dimusuhi isteri pertama sehingga Yah keguguran. Dato’ Naza tidak sanggup Yah dikasari lagi, lalu Yah diceraikan.

[pullquote]Saksikan kesudahan episod akhir 7 Suami ini pada hari Selasa, 25 Mac 2014, jam 8.30 malam di TV9 lakonan mantap dari Aiman Hakim Ridza, Kaza, Yuswaisar, Esma Daniel, Azhar Sulaiman, Fazreen Rafi dan Azhan Rani.[/pullquote]

Hampir setahun Yah menjanda, sehingglah sekali lagi dia yang menjadi pembantu di kedai makan Kamal mula rapat dan akhirnya mereka disatukan. Malang sekali lagi menimpa apabila Kamal lumpuh dan akhirnya pergi meninggalkan Yah selama-lamanya. Yah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Kepulangan semula Yah tidak disenangi Suri yang sudah sah menjadi isteri Ihsan. Suri pula menabur fitnah apabila dia telah memerangkap Yah dengan Azli sehingga mereka dituduh berkhalwat. Azli yang berasa kasihan sanggup untuk berkahwin dengan Yah. Perkahwinan mereka yang tidak disulami rasa cinta membuatkan Azli semakin berputus asa dan menceraikan Yah.

Yah kembali mencari Kak Timah, kakak Kamal yang sedang sakit. Tanpa Yah duga, arwah Kamal ada meninggalkan sejumlah wang untuk Yah dan Yah menggunakan wang peninggalan Kamal untuk membuka kedai runcit. Yah berkenalan dengan Luqman, kerana sikap Luqman yang romantik dan penyayang Yah berkahwin untuk kali keenam. Kali ini Yah telah bersumpah, jika perkahwinan mereka tidak berjaya Yah tidak akan berkahwin lagi. Tanpa Yah sedari, Luqman adalah seorang bapak ayam dan jahat di belakang Yah. Ihsan yang kembali menjejaki Yah semenjak kematian Suri mendapat tahu mengenai keburukan Luqman melalui Ah Keong, tetapi Yah tidak mahu percaya mengenai kejahatan Luqman.

Mungkinkah Yah akan terus buta dengan kejahatan Luqman yang berselindung disebalik kebaikannya terhadap Yah? Bagaimana cinta dihatinya yang hanya untuk Ihsan setelah dia bersumpah untuk tidak berkahwin lagi? Saksikan kesudahan episod akhir 7 Suami ini pada hari Selasa, 25 Mac 2014, jam 8.30 malam di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan www.tonton.com.my untuk siaran ulangan.

7 Suami-Ihsan

7 Suami-Yah 2

7 Suami-Yah

7Suami

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Live Streaming 5 Seconds of Summer

Sinopsis Drama Bersiri Separuh Jiwaku