in , , ,

Faizal Tahir, Zizi Kirana Sahut Cabaran Kak Lina Pom Pom dalam Lagu EMPAT DARA 2020

Baru-baru ini selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di laman Instagram beliau.

Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik. Cabaran Elly itu mendapat reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.

Antaranya adalah Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim. Video tersebut kini menghampiri 2 juta tontonan dan lebih dari 200,000 komen. 

Faizal Tahir, Zizi Kirana Sahut Cabaran Kak Lina Pom Pom EMPAT DARA 2020

“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” kata Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.

Tidak terlepas dari menyahut carbaran tersebut adalah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan dari persembahan beliau di salah sebuah rancangan television. Klip tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal menyanyikan semula lagu tersebut. 

Sehubungan dengan itu, syarikat rakaman Faithful Music telah merialisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula EMPAT DARA 2020. Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.

Faizal Tahir, Zizi Kirana Sahut Cabaran Kak Lina Pom Pom EMPAT DARA 2020

“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini.” kata Zizi Kirana. 

Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaru ini “Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!”

Selari dengan tajuknya, EMPAT DARA 2020 bakal memberikan nafas baru dan sesuatu yang segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisional pada lagu tersebut. Video muziknya juga simple dengan membawa konsep komedi yang ringan. 

Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang. 

Faizal Tahir, Zizi Kirana Sahut Cabaran Kak Lina Pom Pom EMPAT DARA 2020

Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini dijadualkan akan berada di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes pada 11 November 2020 manakala video muzik rasmi Empat Dara 2020 juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir pada tarikh yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Anthons Terima Pengiktirafan Program Bual Bicara IG Live Pertama dari Malaysia Book Of Records

Apple Lancar MacBook Pro 13′ dengan Cip M1 & Bateri Tahan Hingga 20 Jam Bermula RM5,599