in

Emma Maembong Mangsa Penyeluk Saku Rugi RM5000

Hati-hati, zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Orang kata, malang tak berbau. Hajat pelakon popular, Emma Maembong untuk membeli-belah pada malam Krismas lalu terbantut apabila dia kerugian RM5,000 selepas beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di aras bawah pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.

Laporan akhbar Kosmo! menyebut, pelakon drama Kau Yang Terindah berusia 21 tahun tersebut dipercayai menjadi mangsa sindiket seluk saku didalangi warga asing yang sering melakukan aktiviti jahat di premis beli-belah di kawasan segitiga emas itu.

Berdasarkan kes-kes terdahulu, modus operandi sindiket tersebut terbahagi kepada tiga iaitu menyeluk saku ketika keadaan sesak, menoreh beg mangsa dan berpura-pura pengsan.

Emma Maembong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Geng Lawak di Dewan Plenari PICC Putrajaya

Ajai Rakam Muzik Video Guna Telefon Bimbit iPhone