in ,

Emma Maembong dalam Drama Bersiri 3 Nenek 3 Dara

Kisah kekeluargaan mencuit hati bagaimana tiga orang nenek menjaga tiga orang cucu kembar kesayangan mereka masing-masing dengan satu impian dan acuan yang berbeza yang dibawakan watak-watak utamanya oleh Emma Maembong, Erin Malik, Fiffy Natasha, Rosnah Mat Aris, Ku Fridah dan Aripah Damanhuri bakal menghiburkan hujung minggu anda seisi keluarga mulai 10 Ogos ini mengisi slot Widuri di TV1.

[dropcap]D[/dropcap]isiarkan setiap Sabtu dan Ahad, drama bersiri 13 episod, Tiga Nenek Tiga Dara (3N3D) rentetan dari Menantu 3 Rasa, kisah kali ini diteruskan tentang tiga orang nenek bernama Mak Cah, Mak Senah dan Mak Tipah dalam membesarkan tiga orang cucu kembar mereka dengan cuba mempengaruhi sikap mereka bertiga mengikut citarasa mereka sendiri. Ketiga-tiga cucu mereka itu kini berada di usia remaja yang mempunyai impian dan cita-cita berbeza.

[pullquote align=”right”]Gelagat Emma Maembong dan Kembar-Kembarnya Dalam Drama Bersiri 3 Nenek 3 Dara Hiburan Hujung Minggu Di TV1[/pullquote]

Suhaila, Suhana dan Suhani, tiga orang kembar yang dijagai oleh tiga orang nenek mereka sejak dari kecil hingga diusia remaja. Mereka amat rapat dan sayang kepada ketiga-tiga nenek mereka tetapi lebih fokus dan cenderung kepada seorang nenek. Kedua ibubapa mereka terpaksa meninggalkan mereka bertiga kerana ada urusan perniagaan diluar negara.

Suhaila, menuntut di sebuah IPTS dalam jurusan Undang-undang dan amat rapat dengan Mak Cah. Perwatakan serta gaya penampilannya dikawal oleh Mak Cah yang mahukan cucu kesayangannya itu menjadi seorang penyanyi dan model yang terkenal tetapi tidak pada Suhaila yang dilihat lebih tertib dan bersuara merdu bila mengaji. Segala perbuatannya memang bercanggah dengan Mak Cah.

Suhana pula penuntut di IPTS yang sama dalam bidang Kejuruteraan Bunyi pula bersikap agresif dan amat meminati dunia muzik. Dia amat meminati aktiviti lasak serta bermain muzik bersama teman-temannya di studio dan berpakaian ala lelaki. Suhana di sayangi oleh Mak Tipah yang menyimpan impian untuk menjadikan Suhana seorang Chef yang terkenal suatu hari nanti. Namun, Suhana amat tidak menyenangi perkara itu kerana dia merasakan tidak sesuai dengan caranya.

Suhani pula juga penuntut di IPTS yang sama dalam jurusan perniagaan dan menjadi cucu kesayangan Mak Senah. Dia seorang yang suka bergaya dan pandai menyanyi. Mak Senah mendidik Suhani untuk dijadikan seorang Ustazah namun cita-cita Suhani adalah ingin memiliki sebuah perniagaan butiknya sendiri.

Perwatakan ketiga-tiga mereka menimbulkan kerungsingan ketiga tiga nenek yang menjaganya. Namun ketiga-tiga cucu mereka itu amat akrab dan sering berkongsi segala kisah suka duka bersama di samping tinggal bersama ketiga-tiga nenek yang amat mereka sayangi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak pernah menghampakan nenek mereka hinggalah mereka bertiga mencapai segala impian dan cita-cita nenek mereka serta impian mereka sendiri.

babak dalam 3 Nenek 3 Dara

Emma Maembong dan Erin Malik

meriah ... antara babak dalam drama bersiri ini

drama bersiri 3 Nenek 3 Dara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013

Tentang Anugerah Lawak Warna Yang Pertama Kali