in , ,

Elisya Sandha Akui Uzair Cinta Pertama, Bertanggungjawab & Utamakan Keluarga

Sikap tunang, Uzair Haqimy, 25, yang suka mengutamakan keluarga menjadi petunjuk buat pelakon, Elisya Sandha, 21, memilih jejaka itu sebagai teman hidup. Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menganggap Uzair sebagai jejaka bertanggungjawab.

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.

“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua,”

– Elisya Sandha
Elisya Sandha

Ahad lalu, Elisya dan Uzair bertunang pada majlis sederhana dihadiri 15 tetamu di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha di Ampang.

Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengenali Elisya sejak di bangku sekolah.

Elisya mengaku Uzair adalah cinta pertamanya.

“Kami berkenalan melalui Instagram pada 2016. Mula mengenalinya, saya tidak tahu dia anak pelakon dan penerbit disegani.

“Ketika itu, saya belum aktif berlakon. Hanya selepas sebulan berkenalan baru saya tahu siapa ibunya,”

– Elisya Sandha
Elisya Sandha

Elisya bagaimana belum sedia berkongsi tempoh pertunangan mereka.

“Buat masa sekarang, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doa yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu pasti dikongsi,”

– Elisya Sandha

Ditanya kesediaannya melangkah ke alam rumah tangga dan bergelar isteri, Elisya mengaku menanti detik itu.

“Insya-Allah saya sudah sedia ke arah itu. Bagai ada hikmah tersendiri, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya ambil kesempatan belajar memasak dengan pelbagai menu,”

– Elisya Sandha

*Sumber: Berita Harian

Fasha Sandha Titipkan Pesan – “Terimalah Keburukan & Kebaikan Masing-Masing Kerana Manusia Diciptakan Tuhan Tak Sempurna

Berita pelakon, Elisya Sandha yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy baru-baru ini mendapat perhatian peminat.

Masing-masing menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan perkembangan jalinan cinta di antara keduanya.

Sambil membayangkan perasaan gembira dan bahagianya, kakak kepada Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha turut memberikan coretan kata atas ikatan pertunangan yang termeterai.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl.

“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya, apa saja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” tulis Fasha.

Fasha Sandha

Dia pada masa sama turut memberikan pesan agar menerima baik buruk pasangan dengan apa adanya.

“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing2 kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna.

“Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family ,Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar. Syukur.

“Semoga kasih sayang dan cinta kalian, Kekal dan Bahagia ke Jannah,” tulisnya lagi.

Fasha Sandha

Coretan indah itu dinukilkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini pada paparan di IG TV yang dimuat naik pada Isnin.

Sehingga kini, video tersebut sudah menerima lebih 100,000 kali tontonan di kalangan pengguna media sosial Instagram.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangis Kegembiraan, Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM