in , ,

Elfira Loy & Zahiril Adzim beRENTAP di Taman Tasik Perdana

Pengunjung gempar dan terpegun dengan aksi Parkour yang dipertontonkan di “The Kuala Lumpur Lake Gardens Festival : Rhythm in the Park”. Kemunculan Elfira Loy dan Zahiril Adzim telah menambahkan kemeriahan sambutan festival tersebut. Mereka berdua merupakan tonggak utama di dalam filem Rentap yang bakal berada di pawagam 4 Disember ini.

Rentap merupakan filem aksi komedi yang berkisarkan dua orang adik beradik yang meminati sukan Parkour. Sukan ini berasal daripada Perancis dan ia kini semakin diminati para remaja di Malaysia. Aksi Parkour memerlukan koordinasi dan kemahiran yang tinggi. Pelakon utamanya, Zahiril Adzim, Elfiro Loy dan Shafie Naswip telah berlatih selama beberapa bulan untuk menjayakan filem ini.

Kemunculan Elfira & Zahril telah disambut baik oleh para peminat dan ahli Art of Extreme Movements (AOXM) di The Kuala Lumpur Lake Gardens Festival : Rhythm in the Park. Sesi bergambar dan tanda tangan diadakan selepas demonstrasi Parkour pada petang itu. Kedua-dua pelakon tersebut begitu teruja dengan aksi yang dipersembahkan. Mereka berharap para penonton akan memberi sokongan terhadap filem Rentap yang bakal berada di pawagam 4 Disember 2014.

Rentap

Rentap

Rentap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Drama Series The Woman Who Married Thrice

Sebab Mengapa Suki Low Rahsiakan Berita Kehamilan