in ,

Elfira Loy Jadi Pelumba Basikal Kebangsaan Dalam Drama Bersiri KAYUHAN CINTA

Cabaran Elfira Loy Sebagai Pelumba Basikal Kebangsaan Dalam Drama Bersiri “Kayuhan Cinta” Di TVi. Pelakon cantik Elfira Loy menyahut cabaran menampilkan sisi lain dirinya menjadi pelumba basikal kebangsaan dalam drama bersiri terbaharu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia bermula 6 Ogos ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran TVi.

Bergandingan dengan pelakon Afiq Muiz sebagai watak utama, 13 episod drama bersiri bertajuk “Kayuhan Cinta” arahan Harris Fadzillah Abd Samad turut dibintangi oleh Wan Sharmila, Zarynn Min, Haleeda.

Penonton diajak menyaksikan konflik dan perjalanan kisah hidup didepani watak Zahara (Elfira Loy) dari kecil hingga remaja bergelumang dengan basikal hingga dia merasakan tidak boleh hidup tanpa basikal.

Dia kemudian mengembangkan minat dan cintanya kepada basikal dengan menyertai pasukan lumba basikal di peringkat negeri serta bercita-cita untuk menjadi pelumba basikal wanita antarabangsa. Malangnya minat dan impiannya itu tidak direstui keluarga yang masih berfikiran anak gadis tak manis menyertai lumba basikal.

Zahara yang degil meneruskan cita-citanya walaupun tanpa restu orang tua yang akhirnya membawa bencana apabila apabila menjadi mangsa langgar lari seorang pemuda bernama Rahimi (Afiq Muiz).

Kecederaan kaki yang dialami membuatkan Zahara terpaksa berehat panjang di kampung.

Rahimi yang amat menyesal kerana meninggalkan Zahara begitu saja ketika kemalangan itu cuba mencari Zahara untuk meminta maaf.

Perjalanan Rahimi sejauh lebih 200 kilometer mencari kemaafan daripada Zahara mencetuskan bibit percintaan di antara mereka walaupun pada mulanya Zahara enggan memaafkan Rahimi.

Bagaimanapun untuk mendapatkan kemaafan daripada Zahara, Rahimi yang tidak tahu menunggang basikal terpaksa belajar dan dia mesti berlumba dengan Zahara.

Sekiranya Rahimi menang dalam perlumbaan itu, Zahara akan mendengar segala cakapnya. Untuk mengetahui adakah Rahimi dapat memenangi perlumbaan itu atau sebaliknya, jangan lupa untuk mengikuti drama ini hanya di TVi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink

Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy Tab S2