in ,

Eksklusif: Perlantikan IZ OIAM2 Ikon dan Jurucakap Kempen Kesedaran Internet

Baru-baru ini, Budiey sempat berborak dengan IZ OIAM2 yang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran dua muzik video sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52 tidak lama lagi.

Sebelum tu, Budiey ada dengar khabar yang ayah IZ jatuh sihat. Mengikut IZ, ayahandanya dah makin sihat. Mari sama-sama kita doakan agar kesihatan ayah IZ terus pulih seperti sediakala. Semoga IZ bersabar dengan ujian.

Okaylah, kita berbalik terus pada story terbaru tentang IZ yang makin happening ni…

Muzik video IZ yang bertajuk Gonna Be Alright ini telah dibuat di dalam versi Mandarin bertajuk Hui Hao De di mana ianya menampilkan selebriti-selebriti tempatan berlainan bangsa dan keturunan seperti Amber Chia (Model), Dynas Mokhtar (Pelakon/ Jurucakap Produk), Isma Yusoof (Pengarah/ Pelakon), Ben Ibrahim (Pengacara), C. Loco (Poetic Ammo/ Komposer), Soo Wincci (Miss World Malaysia 2008/09), Suki (Penyanyi) yang Budiey rasa sangat sesuai dengan semangat perpaduan Satu Malaysia atau One Malaysia yang dilaungkan kerajaan pada masa ini.

Cerita keduanya ialah tentang pemilihan IZ sebagai IKON dan jurucakap Kempen Kesedaran Internet… wow… tahniah IZ~!

Tuah rambut IZ yang bersifat ‘funky’ terpacak-pacak yang sekarang sudah menjadi ‘trademark’ IZ itu juga telah membuatkan pihak CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) tertarik untuk memilih IZ sebagai IKON jurucakap Kempen Kesedaran Internet dikalangan anak muda yang akan dijalankan secara rancak bermula pada Oktober depan.

IZ dilantik untuk mewakili watak kartun bernama ‘NIC’ di majlis pelancaran besar-besaran yang telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Fadilah Bin Hj Yusof, Timbalan Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia di KL Convention Centre. Bagi kempen ini, IZ terpaksa mewarnakan rambutnya dari hitam ke warna merah bercampur pink dan ungu. 

  

Apa pendapat korang? Serupa tak?

IZ sempat beritahu Budiey tentang penglibatan dia dengan satu projek di India yang akan diwar-warkan pada media Malaysia tak lama lagi. Projek apa tu agaknya IZ? Wah. IZ juga dengar khabarnya akan menjadi duta untuk satu jenama komputer terkenal. Alhamdullillah. Rezeki bulan Ramadhan namanya tu.

Budiey juga diberitahu yang IZ tidak lama lagi akan selesai proses rakaman album penuh bagi meneruskan kesinambungan album EP nya yang diterbitkan syarikatnya sendiri pada tahun lepas edaran Sony BMG. IZ kata album penuhnya nanti akan menampilkan IZ yang baru. Pasti ada yang tak sabar diluar sana nak dengar hasil terbaru IZ. Sementara tu, korang boleh la enjoy dulu muzik video dari IZ sempena Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-52 OK?

GONNA BE ALRIGHT English

HUI HAO DE Versi Mandarin

Sebelum Budiey terlupa, sempena bulan Ramadhan ini IZ akan membuat persembahan Hari Raya Celebration Show di The Curve (Centre Court) Damansara pada Ahad, 6 September ini bergandingan dengan Shila OIAM2. Mereka berdua akan menyampaikan satu lagu duet Raya.

Korang boleh lah datang beramai-ramai, okay~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem ORPHAN

Busana Lebaran dan Fesyen Raya