in , ,

EKSKLUSIF Gambar Skodeng Selebriti Berbulan Madu di Pulau Boracay

Baru-baru ini, Budiey telah melancong ke Pulau Boracay, Filipina untuk bercuti dan bersantai. Sekali sekala dapat bercuti di pulau yang paling cantik di dunia ini memang lah best sebab dapat merehatkan otak dan tenangkan fikiran. Tiap-tiap hari kerja pergi event pun tak boleh jugak, kan?

Pulau Boracay ini sememangnya cantik dan sentiasa menerima kunjungan daripada selebriti ternama di dunia termasuklah artis Hollywood. Tapi kalau mereka datang bersantai di tepi pantai ni pun, bukan kita perasan dan dapat kenal betul-betul diorang ni sebab semua macam nampak sama je, tak pakai baju, berseluar dalam dan hanya berbikini. Seksi!

Di pulau yang terkenal dengan Pantai Putih (White Beach) itu, Budiey telah ternampak kelibat selebriti Malaysia. Lalu, apa lagi, Budiey pun skodeng la diorang ni, sepasang selebriti Malaysia yang sedang berbulan madu. Wah, ini satu peluang baik ni. Kebetulan Budiey berada di situ, jadi, apa lagi, Budiey sempat merakam gambar adegan romantik mereka.

Jika pandang dari belakang, rasanya ramai pembaca dapat meneka siapa mereka. Ya, merekalah pasangan selebriti paling sempoi dan rock n roll, Mizz Nina dan Noh Hujan.

Romantik tak diorang ni?

EKSKLUSIF Gambar Skodeng Selebriti Berbulan Madu di Pulau Boracay, FILIPINA

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

Mizz Nina & Noh Hujan Boracay Island

*Sebenarnya ini adalah antara babak-babak menarik yang korang akan tonton dalam Destinasi Cinta Bersama AirAsia yang akan disiarkan di Astro Ria. Dibawakan oleh anda oleh Celebrate TV dan AirAsia. Terima kasih kerana sudi menjemput Budiey bersama dengan rombongan ke Pulau Boracay, Filipina pada 6 – 9 Oktober 2012.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline

Pineapple Concerts Fail Saman The Star Berhubung Konsert Erykah Badu