in ,

Ekin Rahman Lancar Album Pertama Berjudul Satu Percaturan

Petang kelmarin, Budiey sempat singgah di Pelancaran Album Ekin Rahman yang berjudul Satu Percaturan di Red Box The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada Ekin sebab beliau dah tunggu agak lama untuk kelahiran agak lama iaitu 8 tahun sehinggalah kini usaha kerasnya membuahkan hasil. Oh ya, jika Budiey sebut Ekin Rahman, pasti ada yang tak berapa ingat. Kalau Budiey sebut Ekin AF3, mungkin ada yang kenal. Nak kenal lagi, Ekin ni dulu pernah digossipkan bercinta dengan Yazer dan pernah membotakkan rambutnya. Haa kenal tak?

Tidak mengapa, kalau tak kenal dengan Ekin, sekarang ni jugak, Budiey ajak korang mengenali dengan penyanyi bersuara lunak ini.

Album Satu Percaturan adalah album pertama Ekin dan mengandungi sebanyak tujuh buah lagu pelbagai genre dan berkonsepkan universal. Pastinya, bakat dan kesungguhan Ekin telah memikat Stadium First untuk menerbitkan album Ekin ini. Antara lagu yang dimuatkan ialah:

  1. Satu Percaturan
  2. Mencari Cinta
  3. Ceritaku dan Dia
  4. Kekasih
  5. Zapin Budi
  6. Dengarkanlah Sayang
  7. Moment for Us

Ketika menyampaikan salah sebuah lagu terbaru di Pelancaran Album kelmarin, Budiey sempat merakamkan Ekin menangis kerana tersentuh dengan lagu yang sentimental itu. Memang Ekin ni seorang yang berjiwa sensitif dan dek terlalu menyelami perasaan dan menghayati lagunya, airmata Ekin tak dapat ditahan sehingga menganggu tumpuan beliau mendendangkan lagu itu.

Ekin berkata,

“Peluang ini adalah satu anugerah yang sangat membuatkan saya bersyukur. Bukan mudah nak keluarkan dengan album. Ekin cukup berterima kasih kepada kepada seluruh keluarga, rakan produksi Stadium First dan album ini sangat istimewa untuk peminat Ekin yang dah lama menunggu berita gembira ini.”

Setelah mendengar semua lagu-lagu Ekin Rahman ini, dapat Budiey simpulkan suara Ekin memang lunak dan sedap didengar. Ekin bertuah sebab lagu-lagunya sangat catchy dan sesuai untuk zaman sekarang. Tak ketinggalan Ekin selitkan juga lagu irama etnik iaitu Zapin Budi. Memang best. Mungkin lagu ini akan dicalonkan dalam AIM nanti untuk kategori lagu etnik memandangkan tak ramai yang suka menerbitkan lagu bercotak irama etnik.

Lagu ditulis dan dicipta oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Anjang, Rosli Ahmad, Alley Anuar, Amir Syawal, Ajak, Ireani Yaakob, Azahari dan Ekin Rahman sendiri ada menyumpang lirik untuk lagi Ceritaku dan Dia. Wah, mesti ada makna lagu ni pada Ekin kan?

Sasaran album bukan sahaja kepada golongan muda tapi ia adalah sebuah album universal. Muziknya sangat ringan dan mudah didengari . Yang penting, lagu Zapin Budi ni dialunkan dengan irama rap supaya lebih bervariasi.

Oh ya, Ekin tak lupa untuk menyelitkan album pertamanya dengan lagu ketuhanan iaitu lagu Kekasih. Liriknya sangat mendalam dan iramanya pula sangat mendamaikan serta menyentuh perasaan.

Album Ekin akan berada di pasaran bermula Februari 2013 dan akan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Nafi Gossip Bercinta Dengan Qi Razali

Fenomena Drama Setia Hujung Nyawa & Ruby Episod Akhir