in , ,

Dunia Plot Twist Diangkat Ke Tahap Baharu Dalam SYURGA UNTUKMU

Sepertimana hidup memerlukan drama, drama memerlukan ‘plot twist’ sebagai penambah perasa sesebuah karya. Begitu juga dengan drama yang dimainkan dalam slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Oleh itu, drama Samarinda : Syurga Untukmu adalah sebuah karya khas buat peminat drama yang sarat dengan emosi, tragedi, dan plot twist. Drama Samarinda : Syurga Untukmu ini merupakan sebuah karya Sha’s Media Sdn Bhd dibawah arahan Ayie Mustafa. Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Julia Farhana, Dato Fizz Fairuz, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Sefik Khair, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Noralbaniah, Wan Nor Azlin, Rahhim Omar, Azza Elite, dan Umar Dzarif.

Berkisarkan kemelut kehidupan Atiqah (Diana Danielle), seorang gadis dari Kampung Indah yang berpendirian tegas. Atiqah berkelulusan tinggi namun memilih untuk hanya bekerja di kampung kerana ingin menjaga keluarganya terutamanya setelah ibunya tidak mampu berjalan dengan sempurna.

SAMARINDA - Syurga Untukmu Option 03

Kehidupan Atiqah mula berubah apabila Adi (Fahrin Ahmad) muncul di kampungnya dan ingin membeli tanah pusakanya untuk dibangunkan. Keengganan Atiqah melepaskan tanah pusakanya, memaksa Adi untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut dan halus.

Namun, kaedah lembut Adi iaitu untuk berkawan dengan Atiqah telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga membuatkan Jamaliah berang. Demi menyelamatkan Atiqah, Adi menikahi Atiqah yang ketika itu masing-masing sudah pun menyimpan perasaan terhadap satu sama lain.

Selesai pernikahan mereka, Adi tiba-tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman tanpa mengenal siapa ayahnya.

Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimanakah kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?

Segala persoalan ini akan dijawab dalam drama Samarinda : Syurga Untukmu setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 14 Julai, pada pukul 10 malam di TV3. Dapatkan maklumat lanjut drama ini melalui portal hiburan xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.

SAMARINDA - Syurga Untukmu Option 02
SYURGA UNTUKMU
SAMARINDA - Syurga Untukmu Option 01
SYURGA UNTUKMU
Julia Farhana
Julia Farhana
Fahrin Ahmad
Fahrin Ahmad
Diana Danielle
Diana Danielle
SAMARINDA - Syurga Untukmu Option 03
SYURGA UNTUKMU
SAMARINDA - Syurga Untukmu Option 03
SYURGA UNTUKMU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT

Pencapaian Drama 7 HARI MENCINTAIKU Curi Perhatian iQIYI