in , ,

Drummer Alif & The Locos Positif Covid-19 Selepas Lakukan ‘Swab Test’ Kali Ke-2

Seorang pemuzik juga merupakan pemain drum kumpulan The Locos yang membuat persembahan bersama Alif Satar pada Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) tempoh hari telah disahkan positif Covid-19.

Rajwan, yang juga anggota band pengiring dalam program The Sherry Show itu memaklumkan bahawa dia telah menjalani ujian saringan kali kedua pada 23 November 2020 dan disahkan positif wabak tersebut keesokkan harinya.

Drummer Alif & The Locos Positif Covid-19 Selepas Lakukan 'Swab Test' Kali Ke-2

Band pengiring The Sherry Show juga

Perkara itu juga dimaklumkan oleh Sherry Alhadad menerusi Instagramnya dengan meminta orang ramai agar sama-sama dapat mendoakan kesejahteraan Rajwan.

Terus berjuang bro

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menitipkan doa agar Rajwan diberi kesembuhan daripada pandemik ini.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat supaya pemuzik tersebut terus kuat dan berjuang melawan wabak Covid-19.

Drummer Alif & The Locos Positif Covid-19 Selepas Lakukan 'Swab Test' Kali Ke-2
Drummer Alif & The Locos Positif Covid-19 Selepas Lakukan 'Swab Test' Kali Ke-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar Hilang Deria Bau, Ibu & Ayah Sudah Bebas dari Covid-19

Twitter Akan Perkenalkan Semula Ciri Pengesahan Rasmi Tahun Hadapan Untuk Blue Tick