in , ,

12 Juta Tonton Drama Zehra: Teratai Kemboja

Di sebuah previu program Ramadan, bulan lalu, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menyenaraikan beberapa buah program dan drama untuk tontonan umum sepanjang bulan Ramadan ini.

Setelah menaruh harapan yang tinggi pada kesemua drama Ramadan itu, drama Zehra: Teratai Kemboja dan Samarinda: Nur muncul sebagai drama yang paling menyerlah! Drama Zehra: Teratai Kemboja telah meraih 12 Juta tontonan di kaca televisyen dan 100,000 tontonan di alam maya melalui portal video tonton! Manakala drama Samarinda: Nur telah mencapai sasaran ratings apabila meraih 11 Juta tontonan dan lebih daripada 500,000 tontonan di tonton. 

Teratai-Kemboja-Poster-v3

‘OBSESI’ 12 JUTA PENONTON BERAKHIR

Drama 21 episod yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dibawah arahan Along Kamaludin ini telah menungguli slot 9 malam di seluruh Malaysia apabila berjaya meraih jumlah tontonan (ratings) sebanyak 12 Juta selama 21 episod ke udara bermula 13 April hingga 8 Jun lalu. Selain itu, Teratai Kemboja juga telah mendapat 100,000 jumlah tontonan di video portal tonton

HARAPAN DRAMA RAMADAN TERBAIK BUAT TV3 TERMAKBUL!

“Saya bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh para penonton kerana saya tidak menjangkakan jumlah ratings yang sebegini. Hal ini kerana, saya berfikir bahawa waktu tayangan drama ini adalah waktu umat Islam akan ke surau dan masjid untuk mengerjakan ibadah sunat terawih. Saya anggap ini sebagai satu rezeki pihak produksi, tambahan pula dikurniakan barisan pelakon hebat.

Kerjasama yang diberikan oleh para pelakon dan kru produksi amat menyentuh perasaan saya sehinggakan sesi penggambaran drama ini telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Secara peribadi, saya anggap ini adalah rezeki kami dan Allah telah permudahkan tugas kami dengan rahmat bulan suci Ramadan ini.Oleh itu, saya berterima kasih keatas kasih sayang-Nya dan saya berterima kasih juga kepada para penonton semua.”

– Pengarah drama Zehra Teratai Kemboja, Along Kamaludin

Teratai Kemboja mengisahkan Fikri (Datuk Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik(Hasnul Rahmat). Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap ditahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik sering datang melawat Fikri di wadnya.

Semenjak itu, Fikri dipertemukan dengan Nurhidayah (Fasha Sandha), anak kepada Taufik dan disatukan sebagai suami isteri. Dengan segala dugaan yang dihadapi oleh Fikri dan Nurhidayah daripada Hanani, drama ini berakhir dengan indahnya apabila Nurhidayah melahirkan anak sulungnya, Nur Aina. Manakala, Hanani yang sentiasa tertekan dengan dendamnya, mengalami sakit mental.

Drama Teratai Kemboja ini dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi NawawiNafiz Muazdan ramai lagi.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dayah Bakar Selamat Nikah

Perlawanan Piala Dunia Iran vs Portugal Trending di Youtube Malaysia