in ,

Yang Korang Patut Tahu Sebelum Menonton Drama ZAHIR TAK TERUCAP

Mereka berdua memang akrab sejak kecil. Dia sering dibandingkan dengan abangnya yang dilihat sebagai seorang anak yang soleh di mata ibu bapanya. Abangnya seorang yang berbudi bahasa dan bijak menguruskan bisnes keluarga manakala si adik pula bersikap tidak serius dan sering menghabiskan masa untuk bersuka ria. Sayangnya indah khabar daripada rupa, abang yang disanjungi hanyalah malaikat di hadapan orang tua dan adiknya terpaksa berkorban demi menutup aib abangnya.

Zahir Tak Terucap

Saharul Ridzwan Rela Jadi Kambing Hitam?

Terbaharu di slot Akasia, siri drama 13 episod ZAHIR TAK TERUCAP terbitan Zamriez Golden Pictures, arahan oleh Mohd Fazli Yahya dengan nukilan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan telah bermula disiarkan pada 27 Mac 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Drama bersiri ini membariskan pelakon – pelakon hebat tanah air seperti Saharul Ridzwan (Hisyam), Raysha Rizrose (Aisyah), Aeril Zafrel (Haziq), Chacha Maembong (Aireen), Esma Daniel (Razak), Farisha Irwayu (Noraini), Idris Mat Diah (Nordin) dan Rosnah Johari (Zaharah).

Hisyam baru tamat pengajian dan Haziq, abangnya meraikan dengan membawanya bercuti di sebuah pulau peranginan. Di situ, Hisyam berkenalan dengan seorang gadis penjual nasi lemak, Aisyah yang periang dan peramah. Hubungan Hisyam dan Aisyah bukan sahaja dilarang oleh ibu bapa Aisyah tetapi juga dibenci oleh Lokman yang sudah lama menyimpan niat untuk mengambil Aisyah sebagai isteri.

Pada malam terakhir di situ, Hisyam terkejut melihat Haziq bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Tanpa rasa bersalah, Haziq meminta Hisyam merahsiakan perangainya jika tidak mahu Razak dan Noraini jatuh sakit. Sejak itu, Hisyam sering bergaduh dengan Haziq kerana tidak mahu bersubahat.

Sehingga satu hari, Haziq sakit dan ditahan di wad kerana jangkitan kuman di paru-paru dan otak. Haziq terkejut dan tidak dapat terima bahawa dia akan mati. Ketika Haziq semakin lemah, dia meluahkan penyesalannya dan meninggalkan permintaan terakhir yang membuatkan Haziq tergamam. Apakah yang telah berlaku sehingga Haziq terpaksa berkorban menjadi kambing hitam dan mengakui segala kejahatan Haziq demi menutup aib arwah abangnya?

Jangan ketinggalan untuk menonton ZAHIR TAK TERUCAP menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Untuk maklumat terkini, layari laman web www.tv3.com.my dan ikut laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @DramaSangat. Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my untuk mengikuti program ini.

Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BEONCo Ambil Alih Keseluruhan Operasi Roopawan Malaysia

Konsert Gema Gegar Vaganza Sabtu Ini Bertemakan GEMA IRAMA TERKENANG