in

Drama Waris Kampung Semarah Padi Arahan Melissa Saila

Kisah sumpahan yang berubah di atas sikap kepentingan diri manusia yang sering mengikut emosi masing-masing diteruskan dalam drama bersiri terbaharu “Waris Kampung Semarah Padi”. Ia merupakan kesinambungan kepada drama bersiri Kampung Semarah Padi yang pernah menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum ini.

watak dalam Waris Kampung Semarah Padi

“Waris Kampung Semarah Padi” Arahan Melissa Saila Kembali di TV1

Sisi berbeza tentang kemarahan dalam diri seseorang ditonjolkan pengarahnya Melissa Saila dalam karya terbaharu ini disiarkan mulai 8 September ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam mengisi slot Widuri di TV1.

Kekuatan plot cerita ini juga dihidupkan lakonan mantap Sabri Yunos, Imuda, Reen Rahim, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Zarina Zainuddin dan Mona Allen menerusi 26 episod siarannya.

Kali ini kisahnya berkembang dengan watak Tok Penghulu Siak yang terasa sunyi dan ingin menambah zuriat meluahkan hal ini kepada isterinya Mak Tanjung. Wak yang dahulu penghulu kampung itu mempunyai warung acuh tak acuh menjalankan perniagaannya. Ada orang kampung menjumpai dua rangka manusia di tepi pantai. Tok penghulu percaya itu anaknya Mariam dan suaminya Kasim. Dia minta orang kampung merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Mak Tanjung yang sedang berbadan dua.

Mak Tanjung meninggal dunia selepas melahirkan Melati. Tong Penghulu sedih kehilangan isterinya terus membesarkan anak mereka. Dia mengalami tekanan perasaan menyebabkan fikirannya tidak waras. Dia memarahi orang kampung yang mengatakan isterinya sudah meninggal dunia.

Wak minta dari orang kampung supaya semua pindah ke tempat lain kerana berlaku bermacam-macam bencana di kampung ini tetapi penghulu berdegil. Wak dapat kerja menjaga kuda Tuan Besar Syarif. Yanti anak perempuan Tuan Syarif rela berkahwin dengan Wak daripada berkahwin dengan seorang tua pilihan ayahnya, Kamdin. Mereka keluar dari rumah besar itu dan memulakan kehidupan baru.

Wak kembali kembali meniaga nasi bungkus. Yanti dan Wak mendapat anak lelaki. Mereka kemudiannya diterima kembali oleh keluarga Yanti. Bapa mentuanya turut menawarkan Wak bekerja di syarikat miliknya namun Wak tidak yakin dengan kebolehannya. Kamdin terus-terusan mengganggu mereka. Kematian ibu Yanti membuatkan suaminya tidak berminat berniaga. Dia menghadiahkan hotel ‘Wak Inn’ untuk diuruskan oleh Yanti dan Wak.

Masa berlalu Yati isterinya selamat melahirkan anak yang ke sepuluh. Majoriti perangai anak-anaknya mewarisi perangai bapa mereka yang bercakap kuat dan kurang cerdik. Wak dan Kamdin ditahan di dalam lokap kerana bergaduh, Wak lari dari lokap kerana takut dihukum bunuh selepas menumbuk Kambin sampai pengsan. Sejak itu ingatan Wak terganggu dan Cuma mengingati anaknya, Bustamam Hakim. Wak dibawa ke hospital kerana tidak sedar diri. Yanti mengambil alih tugas pengurusan syarikatnya sementara waktu.

Ismadi Marzuki, anak kedua ingin mengambil alih urusan syarikat namun dibantah oleh Bustamam Hakim kerana ibunya dari dahulu tidak bagi. Ismadi Marzuki mengambil kesempatan ke atas satu perjanjian pindah harta ayahnya kepadanya. Akibatnya harta mereka dirampas oleh Kamdin. Wak sekeluarga turut dihalau daripada rumah mereka.

Namun segalanya tidak lama apabila Kamdin disumpah oleh Melati berubah menjadi orang yang baik dan pemurah. Bustamam Hakim kena sumpahan Melati dan akibatnya menjadi kenit. Wak dimasukkan ke hospital bahagia selepas membuat laporan polis bahawa anaknya yang kenit itu telah hilang. Bustamam Hakim berubah dan menjadi manusia biasa tetapi Penghulu Siak kena sumpah Musalmah dan menjadi kenit.

Yanti sedar dari komanya tetapi bercakap Bahasa Tamil. Penghulu Siak sekali lagi mengutuk dan mencabar Musalmah lalu disumpah menjadi gergasi. Yanti tiba-tiba boleh bercakap Bahasa Melayu dan tidak ingat bahawa dia pernah bercakap Bahasa Tamil. Bustamam Hakim telah dipukul oleh abang kepada Cikgu Rani dan meninggal dunia. Tetapi dia tiba-tiba hidup kembali.

waris kampung semarah padi

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Nak Menang Tiket VIP & Pass Soundcheck Konsert G-Dragon dari U MOBILE

Dato’ Fazley Abadikan Memori Indah Bersama Arwah Bapa dalam Video Muzik KETIADAAN