in ,

Drama Terbaru Alam’s Story di 8TV

Pada 29 Julai lalu, 8TV telah mengadakan sidang media pelancaran drama terbaru, Alam’s Story di Borneo Baruk Club pada jam 3 petang.

Memulakan siarannya pada 3 Ogos 2008, jangan lupa temujanji anda bersama 8TV untuk menyaksikan perjalanan kisah hidup penari kegemaran Malaysia dalam, Alam’s Story!

Ingin mengetahui apakah yang diperlukan untuk menjadi penari terbaik kegemaran Malaysia yang datangnya dari sebuah perkampungan kecil dari Johor? Saksikan sendiri 10 episod perjalanan suka duka Alam, pemenang musim pertama So You Think You Can Dance (SYTYCD) yang pastinya memberikan inspirasi buat semua di luar sana.

Drama ini bakal mengisarkan mengenai jatuh bangun, cabaran demi cabaran dan halangan demi halangan yang telah ditempuhi oleh Alam semasa perjalanannya dalam menjadikannya penari terbaik kegemaran Malaysia.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim dalam memberikan pendapatnya, “Alam’s Story adalah sebuah lagi drama unik dan menarik yang pastinya kami sendiri berasa teruja semasa pembikinannya. Ianya mengisarkan mengenai perjalanan hidupnya dan kesusahan serta kesukaran yang harus ditempuhnya demi menjadi penari terbaik kegemaran Malaysia”.

“Alam, yang datangnya dari Muar,  memiliki karektor semangat juang yang tinggi, kesungguhan dan disiplin yang kental serta seorang yang sangat merendah diri menjadikannya penari terbaik kegemaran Malaysia. Saya percaya siri drama terbaru ini pastinya mengujakan para peminat dan penonton setia kami yang bakal memberikan inspirasi buat semua dalam mempercayai impian dan angan serta cita-cita masing-masing dan percaya jika mereka mahukan sesuatu di dalam hidup pastinya dengan kesungguhan dan keazaman yang tinggi, akan membuatkan seseorang itu berjaya, sama seperti Alam sendiri,” tambah Kim lagi.

Kim menambah, “Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi seperti kisah Alam ini sendiri, pastinya memberikan inspirasi buat para peminatnya”.

Alam’s Story mengisarkan mengenai perjalanan hidup Muhammad Haslam (Alam), yang datangnya nun jauh dari Muar ke Kuala Lumpur dengan motosikal kapcainya, hanya untuk menghadiri sesi ujibakat So You Think You Can Dance (musim pertama) dalam menjadikan impiannya untuk bergelar penari terbaik kegemaran Malaysia.

Dianya yang tidak mengetahui bahawa ramai penari-penari berbakat Malaysia yang turut sama menghadiri sesi ujibakat itu dalam menggapai impian masing-masing, malah tidak juga mengetahui mengenai tawaran lumayan yang bakal diberikan kepada pemenang, RM 50,000!

Walau bagaimanapun, dalam mengetahui begitu banyaknya penari berbakat yang turut sama menyertai sesi ujibakat itu, ini tidak sama sekali melemahkan semangat kentalnya dalam mengharungi segala impian dan cita-cita dan dalam masa yang sama mencabar diri sendiri untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh lagi. Mengharungi pelbagai halangan dan dugaan, dan mempelajari rentak tari yang baru serta tugasan-tugasan sukar setiap minggu, bagaimanakah Alam mengharungi semua ini?

Alam’s Story ini juga menemukan kembali rakan-rakan seperjuangannya semasa pertandingan tika dahulu, Dennis dan Noor. Selain itu, 8TV juga telah menemui bakat-bakat baru yang bakal bersama Alam, seperti Joe, Ment, Mimie V6, Pa’In, Cicak, Kunyit dan  Lawrence.

Coca-Cola dengan bangganya merupakan penaja utama bagi drama bersiri Alam’s Story sesuai dengan tema jenama itu sendiri yang berkait rapat dengan musik, yang pastinya membawakan nafas baru dalam industri musik tempatan bersesuaian dengan kolabrasi bersama 8TV, stesen TV paling hip di Malaysia!

Kolabrasi ini juga dalam usaha menyokong pertumbuhan bakat-bakat baru yang mempunyai bakat terpendam seperti Alam, 21 tahun, pemenang So You Think You Can Dance musim pertama, serta Shila, tempat kedua dalam One In A Million.

Drama bersiri ini juga, bakal menyaksikan kolabrasi di antara Alam dan Shila di mana, klip video pertama Shila, Bebaskanlah, turut sama menyaksikan Alam menjayakan klip video terbabit. Lirik lagu serta melodi yang sangat membuai perasaan serta memberi kekuatan dan inspirasi, pastinya memberikan perasaan positif selepas itu.

“Menyaksikan Coca-Cola di dalam industri musik ini memang tidak asing lagi. Mengetahui yang Malaysia sebenarnya banyak memiliki bakat bakat baru yang terpendam mebuatkan kami ingin turut serta dalam menyediakan platform serta medan buat bakat-bakat baru ini meluahkan serta mengekpresikan bakat mereka”, kata En. Mohamed Kadri Mohamed Taib, Pengurusan Komunikasi dan Hal-Ehwal Umum Coca-Cola Malaysia.

“Kami telah lama mengetahui yang sebenarnya musik boleh menyatukan masyarakat di seluruh dunia apalagi buat semua muda-mudi, dan saya pasti bahawa klip video ini bakal memberikan inspirasi serta meninggalkan kesan positif buat generasi masa kini”, ujarnya lagi.

Klip video yang bakal menyaksikan gandingan Alam dan Shila yang bakal membuat penampilan pertama menerusi Media Prima Television serta lagu Bebaskanlah yang bakal dimuatkan di dalam album Shila yang pertama yang akan menemui peminat-peminatnya Ogos ini.

Dengan setiap episod menarik lagi mengujakan, jadi jangan lupa bersama keluarga dan sahabat handai anda untuk temujanji bersama 8TV, setiap Sabtu pukul 10 malam untuk satu pengalaman baru bersama penari terbaik kegemaran Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia Hari Ini: Diana Rafar

Happy Birthday to Budiey