in ,

Drama Taiwan Miss No Good Lakonan Rainie Yang dan Wilber Pan

TX Date: 29 January 2009 – 26 February 2009
Day/Time: Monday – Friday, 8.30pm – 9.30pm

Slot kegemaran ramai ‘Best of the East’ kini kembali dengan sebuah lagi drama dari Taiwan yang cukup popular Miss No Good! Drama yang dibintangi oleh penyanyi dan pelakon popular Taiwan – Rainie Yang dan Wilber Pan ini akan disiarkan bermula 29 Januari 2009 jam 8.30 malam hanya di 8TV.

 “Ini merupakan sebuah drama komedi romantik yang cukup terkenal di Taiwan! Rainie membawakan watak dengan baik dan saya pasti semua penonton pasti terhibur!.” komen Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Xiao Hua (Rainie Yang) merupakan seorang gadis dari Taiwan yang kurang bijak dalam bergaya dan sentiasa memakai pakaian yang agak pelik. Walaupun sering diketawakan oleh rakan-rakannya, Xiao Hua tidak pernah terfikir untuk merubah penampilannya sehinggalah bertemu semula dengan kawan baik beliau Jia Si Le (Dean Fujioka) yang baru pulang dari Jepun.

Kepulangan Jia Si Le sebenarnya untuk berkahwin dengan Jiang Mi (Chen Yan Yi) walaupun hatinya masih menyimpan perasaan terhadap Xiao Hua.  Jian Si Lee berusaha untuk memenangi hati Xiao Hua untuk menjadi teman wanitanya.

Suatu hari, Xiao Hua bertemu dengan Tang Men (Wilber Pan) yang merupakan seorang perunding imej. Kedua-dua mereka berkongsi teksi yang sama dan mula mengutuk tentang cara masing-masing berfesyen. Kerana terlalu marah Tang Men turun dari teksi dan tertinggal sebilah gunting.

Xiao Hua bercadang untuk memulangkan gunting milik Tang Men dengan harapan Tang Men akan mengajarnya cara bergaya seperti wanita kelas atasan. Setelah banyak menghabiskan masa bersama, mereka sama-sama jatuh cinta. Ego yang tebal membuatkan kedua-duanya merahsiakan perasaan masing-masing.

Apakah yang akan dilakukan oleh Jia Si Le untuk memenangi hati Xiao Hua? Adakah persahabatan mereka akan berakhir kerana Tang Men?

Untuk mengetahui kisah dan penyudah drama ini, jangan lupa untuk menonton Miss No Good bermula 29 Januari 2009 jam 8.30 malam, hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 798 Astro anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Anugerah Academy Ditayangkan di NTV7

Photo Romance Romantic Couple Rima Melati & Marcell