in ,

Drama Tabung Haji Tok Lakonan Wan Hanafi Su

Hayati maksud pengorbanan dan keinsafan menerusi sebuah drama khas bertajuk Tabung Haji Tok yang dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama penonton setia saluran TVi (Saluran 180 Astro) seisi keluarga pada 15 Oktober, jam 12.00 tengahari.

Mungkin istilah pengorbanan dalam susur galur kekeluargaan kerap kali didengari dalam kalangan masyarakat kita. Namun hakikatnya jumlah individu yang sanggup berkorban tidak banyak dan dapat dikira tidak kiralah melibatkan soal kewangan atau pun kasih sayang.

Mengangkat nilai pengorbanan seorang lelaki yang sanggup berhabis duit untuk menanggung kos perubatan anak lelakinya untuk memastikannya sembuh semula, sikap murninya diteruskan oleh cucunya pula yang dalam diam menyimpan hasrat menabung dalam diam untuk memastikan datuknya itu mempunyai biaya yang cukup untuk menunaikan haji.

Tabung Haji Tok, Drama Keinsafan Khas Aidiladha Di TVi

[dropcap]K[/dropcap]isahnya bermula dengan watak utama Rafiq dipelihara oleh datuknya Pak Omar dengan hasil menjual lemang sesudah kematian ibu dan bapanya, Razali akibat penyakit. Semasa bapanya masih hidup, Pak Omar telah mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji untuk mengubat penyakit Razali.

Beberapa tahun kemudian, Rafiq mendapat tahu duit haji Pak Omar habis dikeluarkan. Rafiq begitu sedih kerana setahunya, datuknya begitu berdikit-dikit bagi mencukupi duit hajinya. Tetapi kini, duit itu telah tiada lagi sedangkan bapanya tetap pergi juga buat selama-lamanya.

Razak kurang senang dengan pengorbanan Pak Omar. Dia kasihan melihat bapanya itu bersusah payah menjual lemang untuk mengumpul duit bagi membolehkannya mengerjakan haji. Tetapi dengan mudah, duit itu dihabiskan oleh abangnya yang memang sudah tiada harapan untuk hidup lama.

Rafiq yang sedih mendengar ketidakpuasan Razak telah mengikut Pak Omar menebang buluh lemang dan telah menebang sebatang buluh tua untuk dijadikan tabung menyimpan duit untuk menggantikan duit Tabung Haji Pak Omar yang telah dihabiskan oleh bapanya.

Keputusan Rafiq itu membuatnya sering kelaparan di sekolah kerana duit belanja yang diberi oleh Pak Omar sebagai perbelanjaan disimpan semuanya di dalam tabung buluh. Tidak cukup dengan itu, pulang dari sekolah, dia membuat kerja-kerja kampung dan upah yang diperolehi dimasukkan ke tabung buluh itu juga. Rafiq tidak pernah bercerita kepada sesiapa tentang tabung buluh itu, kecuali kepada Loqman, kawan sekelas yang sering berkongsi makanan dengannya.

Usianya kini 16 tahun dan Rafiq sudah mempunyai beberapa tabung buluh yang berisi wang kertas dan wang syiling. Loqman menasihati Rafiq supaya menyimpan duit dalam tabung itu ke dalam bank atau ke Tabung Haji datuknya sebelum terjadi apa-apa kepada duit itu kerana malang tak berbau. Rafiq bersetuju untuk memasukkan wang tersebut ke dalam bank tetapi tidak bersetuju memasukkan ke akaun Tabung Haji datuknya kerana tidak mahu Pak Omar tahu selama ini, dia mengikat perut.

Keesokannya, sebelum ke sekolah, Rafiq menjenguk tabung-tabung buluh di bawah katilnya kerana dia sudah berjanji dengan Loqman untuk ke bank, sebaik kelas berakhir. Tetapi jantungnya seakan mahu terlepas dari tangkai sebaik mendapati tiada satu pun tabung buluh di bawah katilnya itu.

Loqman bertelingkah dengan Rafiq sesudah Rafiq menuduhnya yang mencuri tabung-tabung itu, semata-mata kerana dia seorang sahaja yang tahu tentang rahsia itu. Tetapi akhirnya mereka berbaik semula sesudah Loqman menafikan sekeras-kerasnya. Kehilangan tabung-tabung itu menjadikan Rafiq seorang pendiam dan pemurung. Dia menyepikan diri dari keriuhan luar dan mendamaikan jiwanya dengan menulis kekecewaan tentang kehilangan tabung yang menyimpan sebahagian duit Tabung Haji datuknya.

Sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM, Rafiq terbaca satu iklan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang mempelawa orang ramai menyertai peraduan menulis novel di mana hadiah pertama diperuntukan sebanyak RM 10,000.00. Rafiq tertarik melihat hadiah yang ditawarkan. Tidak peduli samada tulisannya layak untuk dipertandingkan atau tidak, Rafiq menghantar novel bertajuk ‘Tabung Haji Tok’ untuk dipertandingkan.

Beberapa bulan kemudian, keputusan pertandingan diumumkan dan Rafiq terkejut apabila diberitahu dia memenangi tempat pertama pertandingan itu. Rafiq melompat-lompat kegembiraan dan memberitahu Pak Omar dia akan mengguna duit tersebut untuk menghantarnya mengerjakan Haji. Pak Omar tersenyum mendengar hasrat cucunya itu dan tidak lama kemudian, mereka menerima satu lagi berita gembira iaitu permohonan Rafiq untuk melanjutkan pelajaran ke universiti telah berjaya.

Berita yang menggembirakan itu dalam masa yang sama, menyedihkan Rafiq. Dia sedih kerana tidak berwang untuk menyambung pengajianya. Kini dia berada di persimpangan. Pak Omar mendesaknya menggunakan duit yang dimenanginya untuk menyambung pengajian. Manakala dia begitu berhajat untuk menghantar Pak Omar mengerjakan haji.

Rafiq berada dalam dilema. Pada masa sama pencuri tabung milik Rafiq hadir menyerah diri setelah melihat kesungguhan Rafiq mahu menghantar datuknya mengerjakan haji. Siapakah individu yang bertanggungjawab tersebut? Apakah pilihan yang dibuat Rafiq samaada menggunakan duit tersebut menghantar datuknya mengerjakan haji atau menyambung pengajiannya? Sama-sama saksikan kesudahan drama ini hanya di TVi, Saluran 180 Astro.

Sinopsis Drama Tabung Haji Tok

Sinopsis Drama Tabung Haji Tok

Sinopsis Drama Tabung Haji Tok

Sinopsis Drama Tabung Haji Tok

Sinopsis Drama Tabung Haji Tok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyenista Manja Baby Kiko Musim Ketiga

The Apartment Episode 3 on ntv7