in , , ,

Drama Susuk Musim Kedua Lebih Menyeramkan?

TV3 dan Astro nampaknya semakin giat menayangkan drama bergenrekan mistik dan seram. Di Astro ada drama Antara Dua Alam yang boleh tahan juga seramnya. Sejak dilonggarkan syarat dari lembaga penapisan, produksi drama TV semakin ligat nampaknya menjadikan drama seram sebagai pilihan utama kerana penonton berminat dengan drama sebegini. Tidak hairan, drama sebegini akan menaikkan rating stesen TV kerana memang digemari oleh penonton pelbagai peringkat umur. Terbaru, untuk penggemar siri Susuk di TV3, Grand Brilliance Sdn Bhd akan meneruskan siaran drama Susuk lakonan Kaza dan Dynaz sebanyak 13 episod lagi. Musim kedua drama arahan Fairuz Loy ini akan menyaksikan kisah pemburuan yang berterusan malah diselang-seli dengan misteri yang perlu dirungkai serta penemuan di luar jangkaan yang memberikan penonton pengalaman yang mendebarkan.

Sinopsis Drama Susuk
Susuk 2 bermula dengan kisah kehidupan, Faruk dan Borhan yang mula berubah sejak peristiwa pertempuran mereka ketika menentang Degawan pada musim pertama. Borhan menjadi lebih pendiam, mengasingkan diri dan membuat keputusan untuk menjadi penulis novel sepenuh masa walaupun dia mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat. Degawan pula dibawa oleh Zam ke sebuah kawasan tersembunyi bagi menyelamatkan diri. Selepas pulih Degawan terus merancang untuk mencari Cinda dan Noni yang juga kunci kepada kekuasaan dan kekayaan yang diburunya. Berita kematian Cinda menyebabkan Dayu amat sedih dan berita ini menyebabkan kemunculan sepupu arwah suami Cinda, Akhbar untuk mencari Cinda. Pada masa yang sama Borhan terus diekori ASP Tuah. Episod ini juga menyaksikan Borhan mati terbunuh. Akhbar memburu Kamal, waris tunggal Degawan di sebuah kawasan pedalaman dan berjaya menemuinya.

Kamal yang ditemuinya adalah seorang yang warak dan jujur dan tidak mahu bercerita tentang keburukan Degawan. Tuah pula terus menyiasat hubungan Borhan dan Farouk bagi mengetahui punca yang menyebabkan kematian Borhan. Sementara, Farouk yang dalam perjalanannya mencari Adam dan Noni pula bertemu dengan pelbagai kejadian pelik. Malah berita kematian Cinda membuatkan Degawan mengamuk dan beliau perlu mencari pengganti Cinda bagi memenuhi rancangannya. Pengganti Cinda seorang wanita cantik bernama Maya yang hadir selepas menerima arahan dari Degawan.

Drama ini dibintangi Dynaz sebagai Cinda, Kazaruddin sebagai Dukun Begawan selain penampilan watak baru iaitu Akhbar oleh Zamarul Hisham dan Maya oleh Rozita Che Wan serta Shahrul sebagai Farouk, Julia Zigler sebagai Noni, Razali Hussin sebagai Borhan, Iqram Dinzly sebagai Shah dan Hafizzudin sebagai Pak Ali.

Selain drama Susuk, Dynaz juga akan muncul dalam filem Kayangan yang akan ditayangkan pada 8 Ogos ini.

[tags]Dynaz, Kaza, Drama Susuk, Rozita Che Wan, drama manjalara, Cinda, cindai, lagu tradsional, bomoh, cara jadi bomoh, borhan, sungai puaka, novel seram, tips jaga diri, myspace Dynaz, friendster Fazura, Kazaruddin, Dukun, Julia Zigler, Duku, Begawan, jawa, belajar bahasa jawa, pawang, taib, taliban, kayangan, ulasan filem, sinopsis drama susuk, Fairuz Loy, sheila rusly, astro, tv3, hai, hip, roslen, Almy Nadia, Razif Hashim, Iqram Dinzly, Lydia Ibtisam, gol & gincu, 8TV, merdeka[/tags]

 Dynaz Susuk

Gambar Dynaz dalam filem Kayangan.

Dynas Kayangan

Dynaz Kayangan

Dynaz Kayangan

Dynaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Sandaran Hati – Letto dari Album Truth Cry And Lie

Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!