in , , ,

Drama Maskara Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz & Anzalna Nasir

Bila Empat Diva Bergabung
Tercetuslah.. MEGA DRAMA MASKARA

[dropcap]B[/dropcap]ila empat diva bergabung maka tercetuslah mega drama dalam drama bersiri terbaru terbitan KRU Studios iaitu Maskara. Maskara menampilkan perjalanan hidup empat wanita dalam mengharungi kehidupan di kota Metropolitan. Sebuah drama bersiri bergenre dramedi, Maskara sesuai ditonton segenap lapisan masyarakat walaupun fokus utama mensasarkan kepada golongan wanita. Sekali lagi, KRU Studios mencari kelainan dengan mengetengahkan elemen `Mockumentary’ yang pastinya lebih segar berbanding daripada drama-drama bersiri yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Empat pelakon popular tanahair iaitu Lisa Surihani (Lynn), Nasha Aziz (Liza), Anzalna Nasir (Hani) dan Adrea Abdullah (Sue) digabungkan dalam menjayakan drama bersiri Maskara ini. Mereka mewakili kekuatan sifat wanita yang terdiri dari pelbagai peringkat usia berhadapan konflik wanita masa kini, berteraskan semangat setiakawan dan kesepakatan dalam menghadapi setiap masalah. Lynn, Liza, Hani dan Sue membentuk satu sistem sokongan sesama mereka dalam berdepan dengan isu keluarga, masalah cinta, persahabatan sehinggalah ke soal rumahtangga. Kombinasi sikap dan perwatakan berbeza antara mereka kadang-kala menimbulkan kekecohan dan pastinya cukup menghiburkan penonton.

Buat julung-julung kalinya, KRU Studios memberikan hak penyiaran eksklusif secara digital bersama Maxis, Digi dan khususnya kepada pengguna iPhone dan sekaligus menjadikan Maskara sebagai pelopor dalam drama bersiri tempatan.

Maskara akan bersiaran secara rasmi di slot Tayangan Perdana jam 10 malam di saluran RTM TV1, setiap hari Khamis bermula dari April 2013. Drama bersiri ini juga boleh dilanggan secara digital (Video On Demand) melalui Tonton. Diharap penonton akan terhibur dan dapat menerima mesej-mesej yang disampaikan secara santai dalam drama bersiri Maskara ini.

KRU Studios akan terus menerokai bidang penyiaran dengan menerbitkan lebih banyak kandungan TV secara intensif 360 darjah untuk disiarkan dalam platform transmedia pelbagai medium untuk mempamerkan karya-karya yang lebih bermutu dan tentunya lebih menghiburkan.

Penulis Skrip : Maizura Ederis, Louise Manjaji, Ainfazrin
Pengarah: Nizam Zakaria
Produser: KRU Studios
Genre: Dramedi /Wanita
Durasi: 45 minit

Senarai Pelakon Maskara
Lisa Surihani Lynn
Nasha Aziz Liza
Anzalna Nasir Hani
Adrea Abdullah Sue

Turut Di Bantu Oleh
Saharom Nizam Muzammel
Izzue Islam Joe
Syarul Ridzuan Hamdan
Iera Hasan Nory
Nazrief Nazri Aliff Azril

MASKARA POSTER_MALAY

MASKARA_ADREA-SUE

MASKARA_LISA-LYNN

MASKARA_ANZALNA-HANI

MASKARA_NASHA-LIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Hantu Ketapang Lakonan Ezad Lazim & Nas Adilla

Malam Pertemuan Minda-Minda Kreatif Veedo.my