in , ,

DRAMA Lagu Terbaik Minggu Pertama SFMM34!

Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir yang berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik. Tahniah!

Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34.

SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34

Apabila ditanya sekiranya memang mereka sudah menjangkakan bahawa lagu tersebut akan diangkat sebagai lagu terbaik, penyanyi utama kumpulan itu iaitu Aepul Roza berkata, 

Sejujurnya memang kami langsung tidak jangka bahawa lagu terbaik untuk minggu pertama akan jatuh kepada kami.

Insya Allah, sekiranya ada rezeki, kami berharap lagu Drama ini diberi peluang untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu akan datang.

Namun, sekiranya rezeki bukan milik kami, kami tetap akan terima dengan hati yang terbuka dan berasa bangga kerana berjaya memasuki peringkat separuh akhir,”

– Aepul Roza
SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34

Selain Drama Band, minggu pertama SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Ara Johari (Paku), Shila Amzah (Tiada Dirimu), Sufian Suhaimi (Mencuba), Khai Bahar (123), Siti Nordiana & Khai Bahar (Satukan Rasa), Wany Hasrita (Terlalu Memuja), Siti Nordiana (Hatiku Milikmu), Ismail Izzani (Bidadari), Usop (Aku Yang Bersalah), dan Luqman Faiz (Kepuraanmu).

Setiap persembahan pada malam tersebut juga diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer sebagai ketua juri. 

SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34

Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh Ramlah Ram dan Nora yang telah mendendangkan lagu-lagu hit seperti Hanyalah Satu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi serta Romancinta.

SFMM34 turut disokong oleh rakan radio iaitu Hot FM & Kool FM, serta rakan digital iaitu Ohbulan!, Xtra dan Senang Terhibur. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir minggu kedua pada 20 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34.

Malah, para pengunjung juga boleh saksikan SFMM34 secara strim langsung di saluran www.tonton.com.my. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 bagi menghangatkan lagi SFMM34 di laman media sosial anda.

Berikut adalah senarai lagu untuk minggu kedua:

  • Persembahan SFMM34 (Minggu kedua, 22 November)
 ARTISLAGUKOMPOSERPENULIS LIRIK
1.DATO’ SRI SITI NURHALIZAAnta PermanaHael Husaini,Ezra KongHael Husaini,Ezra Kong
2.AKIM & THE MAJISTRET RampasHang Nadim,LaqBunga Cantik
3.ADIRAPujaan Hati Ikhwan Fatanna,Ayden AliArisz Ab. Rahman,Ayden Ali
4.NAIM DANIELSumpahNaim Daniel,Omar KNaim Daniel
5.ERNIE ZAKRIEKu BersuaraSyamel,Omar K,Blaine Bakri,John JeevasinghamSyamel,Omar K,Blaine Bakri,John Jeevasingham
6.HAFIZ SUIPKisah Cinta KitaIkhwan Fatanna,Ayden AliDato’ A. Aida
7.MUNA SHAHIRAHTeguh SetiaIbnu & GouffranIbnu & Gouffran
8.FAIZAL TAHIRRagamanFaizal Tahir,Mike Chan,RomeoFaizal Tahir,Jaare,Karim Karam,Mike Chan
9.SARAH SUHAIRIPedihRoom NoneIman Imran
10.TOMOKBekas KekasihMel Ramlan,Aizat AmdanMel Ramlan,Aizat Amdan
11.HAQIEM RUSLILembah KesepianHaqiem RusliHaqiem Rusli,Ibnu & Gouffran
SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34 SEPARUH AKHIRT PERTAMA MUZIK-MUZIK 34

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Prestasi Konsert Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke-5

Jejak Teh Terbaik Di Asia Dalam TEH ANTARA BENUA