in ,

Drama Komedi Seram CEPLOS di TV9 Lakonan Shazrin Sazwan

Terus segar dengan barisan rancangan menarik dan terkini, TV9 kembali menayangkan pelbagai program baru yang bakal menjadi pilihan ramai. Telah hampir empat bulan TV9 tampil segar, ceria dan kontemporari. Segala rancangan yang tersiar disesuaikan dengan semua peringkat penonton agar keistimewaan program-program yang di tayangkan menerusi saluran TV9 dapat dirasai.

Terbaru, drama komedi seram yang akan mula disiarkan pada 4 April 2009 ini akan memberi peluang kepada semua penonton untuk mengalami perasaan cemas, mendebarkan serta aksi lucu. Ceplos, itulah tajuk yang dipilih bagi drama komedi seram terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian b. Abdul Sabhe dan Puan Hajah Ziela Jalil selaku penerbit, Ceplos dijangka dapat menarik minat penonton memandangkan ia menceritakan tentang makhlus halus bernama Ceplos yang sedang mencari mangsa untuk didampingi.

Drama komedi seram yang masih dalam proses penggambaran ini dibarisi oleh pelakon mantap dan berpengalaman seperti, Kazaruddin bin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah binti Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Hj Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza binti Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed Kassim (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet). 

Ia bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.
Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.

Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.

Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konco-konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?

Untuk melihat kesudahannya, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama komedi seram terbaru Ceplos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9.00 malam bermula 4 April 2009  ini hanya di TV9.

Alamilah segala debaran semasa menonton dan bersantai bersama keluarga!

Selamat Menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menu Muzik Hot FM di TV9

Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon