in , ,

Drama KL GANGSTER : UNDERWORLD Kembali di Musim 2 dengan Siaran di WeTV

Gang Kampung telah kembali mengujakan semua peminat! Diterbitkan oleh Skop Productions di bawah arahan Khairul Azri dan Faisal ishak, Musim 2 francais popular KL Gangster: Underworld bakal disiarkan pada 10 Disember, dan boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia secara eksklusif di WeTV.

Dibintangi Beto Kusyairy, Dynas Mokhtar, Ezzaty Abdullah, Amerul Affendi, siri ini bukan sahaja menampilkan lebih keganasan dan pengkhianatan, tetapi juga berlatarkan lokasi-lokasi ikonik di Malaysia! Saksikan aksi Shah dengan keluarganya di KL selepas pelbagai kejadian dalam musim 1 serta pergelutan yang semakin bermaharajalela dalam kandungan Original WeTV terbaharu ini.

Musim 2 memaparkan pertempuran ganas antara kumpulan gangster yang paling digeruni di KL, di mana watak-watak utama dan sekutu mereka perlu merungkai motif musuh mereka bagi mempertahankan nyawa!

Drama KL GANGSTER : UNDERWORLD Kembali di Musim 2 dengan Siaran di WeTV

Pertempuran yang berlaku dalam episod terakhir musim 1 meninggalkan jantung penonton berdebar kencang dan kini, mereka bakal disajikan dengan lebih babak yang sarat dengan aksi dalam Musim 2! Untuk menonton trailer, rujuk sini.

“Saya berbesar hati kerana berpeluang bergandingan dengan Khairul Azri dan Faisal Ishak yang berjaya menghidupkan idea untuk siri terkenal ini.

Bagi saya, siri KLGU kali ini benar-benar mencabar kekuatan mental dan fizikal saya sebagai pelakon, terutamanya koreografi babak pergaduhannya yang telah membantu mempertingkatkan lagi kemahiran saya.

Siri KL Gangster telah menjadi sebutan ramai sejak dilancarkan buat julung kali pada tahun 2011. Menampilkan latar belakang dan jalan cerita yang hebat, ia kekal menjadi antara francais yang paling popular di tanah air.

Saya berasa amat teruja untuk menghidupkan salah satu watak utama dalam tajuk yang terulung ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah mencurahkan masa dan tenaga bagi menjayakan siri ini, dan saya berharap untuk bekerjasama dengan mereka lagi pada masa depan,”

– Beto Kusyairy

Musim 2 KL Gangster: Underworld dikatakan sebagai antara siri yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2020, akan terus merintis jalan bagi bakat tempatan untuk menyerlahkan kemahiran dan kepakaran mereka kepada penonton di Malaysia dan luar negara.

WeTV berharap untuk memupuk lebih ramai artis tempatan, bagi membuktikan Malaysia juga mampu menghasilkan program yang bermutu tinggi secara konsisten. Daripada siri aksi seperti Polis Evo sehinggalah drama-drama romantik seperti Nur Kasih, perkhidmatan pentsriman WeTV berazam meningkatkan kedudukannya dengan menyajikan kandungan Original WeTV buat julung kali, selain rancangan-rancangan popular yang sedia ada seperti KL Special Force, Arus Merah, dan Alam Puaka, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan semua penonton di rantau ini.

Visi WeTV untuk masa depan adalah untuk meningkatkan nama Malaysia, bukan hanya untuk filem dan rancangannya yang bermutu tinggi tetapi juga artis-artis hebat yang telah kami pupuk. KL Gangster: Underworld merupakan antara penerbitan tempatan yang akan disajikan secara eksklusif di platform WeTV. Malahan, ia merupakan satu jenama ‘Buatan Malaysia’ yang amat kami banggakan,” kata

, Pengurus Negara WeTV Malaysia. “Berbekalkan KL Gangster: Underworld dalam koleksi tajuk kami, kami sangat teruja untuk membawa kandungan tempatan yang lebih hebat kepada penonton di Malaysia pada masa depan,” tambah beliau.

Ikuti aksi Shah dan Gang Kampung Baru secara eksklusif di WeTV bermula 10 dan 11 Disember, diikuti dengan episod-episod seterusnya pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang Disember ini.

Musim 2 KL Gangster: Underworld merupakan antara pelancaran yang terbesar untuk tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari wetv.vip/ atau memuat turun aplikasi platform ini dari Apple Store untuk pengguna iOS serta Google Play Store untuk pengguna Android.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walaupun TAKKAN TERLERAI Gagal Ke AJL 35, Ernie Tetap Bangga Dengan Syamel

Kolaborasi OMAR & HANA Bersama Mufti Menk Cecah 1.3 Juta Tontonan di Youtube